Biodata Hana Ismail, isteri Dai Syed Iqmal

hana ismail

Siapa Hana Ismail? Nurulhana Ismail merupakan seorang pengacara, personaliti televisyen dan produser wanita Malaysia. Beliau merupakan bakat yang lahir daripada pertandingan pencarian pelapis baharu dalam bidang penyiaran, On Air di Astro Ria. Beliau mula dikenali oleh ramai peminat menerusi rancangan televisyen, menerusi program realiti on air anjuran Astro, pada tahun 2012. Banyak rancangan tv yang telah disertainya termasuklah astro awani, buletin awani, dan raikan cinta.

Biodata.

Nama sebenar: Nurulhana Ismail
Kerjaya : Pengacara televisyen Al – Hijrah. dan lain-lain.
Nama glamour/pentas: Hana Ismail
Umur: 36 tahun (2022)
Asal: Johor Bahru, Johor
Pendidikan: Bachelor Degree dalam TESL (Teaching of English as Second Language), Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Kerjaya: Personaliti TV, Hos, Produser
Instagram (IG): @hanaalmauzah

Latar Belakang

1. Berkelulusan dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TSEL) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Hana memulakan kerjayanya dalam bidang pengacaraan sebagai finalis program On Air kendalian Astro pada tahun 2012.
2. Beliau bakat seangkatan dengan hos Dahlia Shazwan dan Hefny Saad ketika sama-sama menyertai rancangan realiti televisyen itu.
3. Menyedari potensi yang ada padanya dalam bidang penyiaran, beliau kemudiannya disunting oleh pihak Astro pada tahun 2012.
4. Namanya semakin popular sejak penampilan sebagai wajah yang menghiasi beberapa program di bawah Astro seperti Buletin Awani, Raikan Cinta dan PM Live! sebelum disunting oleh saluran TV AlHijrah.
5. Di TV AlHijrah, beliau diambil bertugas sebagai pengacara rancangan berunsurkan Islamik dan ilmiah seperti Assalamualaikum TV Alhijrah dan Kemanisan Iman Bersama Al Quran.
6. Berkahwin dengan pendakwah selebriti, Da’i Syed dalam satu acara nikah yang diadakan di kediamannya pada 3 Disember 2022. Sebelum disatukan sebagai suami isteri, pasangan ini terlebih dahulu bertunang pada 23 Oktober 2022.

Fakta Menarik

1. Juga dikenali dengan nama Hana Al-Mauzah.
2. Dilahirkan dan dibesarkan di Johor Bharu.

Kredit foto: Instagram Hana Ismail

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top