Lebih 60 barangan Akan Dikenakan GST Bermula 1 Julai 2017

gst, rambut gst,

Berita baik untuk semua pengguna. Haha, mulai 1 Julai ini, lebih 60 jenis barangan makanan akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), lapor The Star. Antara barang yang akan dikenakan GST adalah makanan laut tertentu, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, kopi, rempah dan mi memetik laporan akhbar China Press semalam.

Menurut portal berkenaan lagi, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk Subromaniam Tholasy telah mengesahakan akan perkara ini di mana kenyataan penuh akan dikeluarkan pada hari ini.

“Ia hanyalah beberapa barang yang jarang digunakan oleh orang ramai,” katanya.

Laporan menyebut antara barang yang akan dikenakan GST adalah makanan laut tertentu, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, kopi, rempah dan mi.

Antara barang makanan yang dikenakan GST bermula 1 Julai ini adalah termasuk belut, ikan todak dan buah-buahan yang diimport seperti avokado, buah ara, anggur, nectarines, ceri dan beri.

Untuk sayur-sayuran seperti kentang, kacang panjang, kacang, bayam dan jagung manis juga akan dikeluarkan daripada senarai GST berkadar sifar.

Manakala barangan lain yang bakal dikenakan GST adalah termasuk bihun, kuey teow, laksa mee dan minyak kelapa.

GST telah diperkenalkan pada April 2015 dalam bentuk cukai 6 peratus ke atas barangan dan perkhidmatan, untuk senarai lengkap barangan dan perkhidmatan berkadar sifar, lawat ke laman rasmi kastam di gst.customs.gov.my atau www.federalgazette.agc.gov.my

 

Senarai bahan makanan (berdasarkan Pindaan[2]2017 )yang akan di kenakan GST. 

  • Makanan Laut
    • belut (Anguilla spp.) Termasuk ikan, filet, stik dan ikan, masin, kering dan diperap
    • ikan todak (Xiphias Gladius) terdiri daripada ikan, filet, stik dan ikan, masin, kering dan diperap
  • Sayuran
    • Sayur-sayuran (sama ada atau dikukus dan beku)
      • Kentang
      • Kacang
      • Bayam
      • Jagung
      • Cendawan
      • Timun
      • Buah zaitun
      • Lada
      • Sayur campur (masin direndam): jagung manis, lada (capsicum), lompat (Capers)
  • Buah Buahan
    • Kurma
    • Buah ara
    • Anggur
    • Apricot
    • Cherry
    • Peach
    • Plum
    • Buah Buahan Segar (tidak di senaraikan)
  • Teh/Kopi
    • Teh Hijau
    • Kopi (kopi tulen, gula, krim, susu manis, atau dicampur pakej dibungkus secara individu)
  • Rempah
    • Kunyit
    • Thyme, daun bay
  • Minyak
    • Minyak Kelapa
    • Minyak Kacang
  • Mi
    • Mi beras (tidak termasuk perasa, perisa atau berasingan dibungkus atau berasingan)
    • Kueh Teow/Laksa (tidak termasuk perasa, perisa atau berasingan dibungkus atau berasingan)
    • Mi (segera)?

Sebelum ini satu pembentangan penyususunan semula pelepasan dan pengenaan cukai GST pada 4 Mac 2017 oleh Menteri Kewangan Malaysia dengan memasukkan pengenaan GST ke atas mi segera, mi dan laksa kering manakala dalam masa yang sama mi kolok tidak dikenakan GST.

Menjadi persoalannya kenapa mi segera, mi dan laksa kering dikenakan GST sedangkan ia adalah makanan orang kebanyakan dan orang susah.

Sponsored Links :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...