Jadikan 5 seruan pembakar semangat PRU14-Pahlawanan Bugis, YEAH!!!

najib, pm , perdana menteri najib, najib tun razak, perhimpunan pau 2017, gambar najib, najib pahlawan bugis
Satueeww!!!
Malaysia
Satueww Malaysia… !!!
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berharap lima seruan semboyan perang digariskan beliau semalam, dijadikan sebagai bekalan dan azimat untuk disematkan dalam hati sanubari perwakilan bagi meraih kemenangan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Perdana Menteri yang juga Presiden Umno berkata, parti itu bukan sahaja memerlukan pejuang yang bersemangat, malah mempunyai ilmu dan mengetahui gerak kerja parti untuk mencapai kejayaan PRU yang lebih besar.
 
“Hari ini luar biasa sekali PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra) dihadiri begitu ramai sekali, bukan itu sahaja mereka mengikuti setiap perbahasan, ucapan pemimpin.
“Ini satu gambaran yang sangat memberangsangkan, bahawa pemimpin akar umbi sangat minat dengan perjalanan Perhimpunan Agung Umno 2017,” katanya ketika ditemui pemberita di Laman Media, PWTC, hari ini.
Najib meluangkan masa kira-kira 45 minit beramah mesra dan bersalaman dengan pengamal media yang bertugas sempena Perhimpunan Agung Umno 2017.
Mengulas perkembangan lain, Najib berkata, isu penentangan keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel tidak hanya berkisar kepada soal perhimpunan semata-mata, sebaliknya suara negara Islam serata dunia.
“(Negara Islam) mewakili negara bukan Islam juga membantah cadangan berkenaan(iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel).
“Jadi kalau dunia bersatu hati, kita mempunyai harapan untuk mengagalkan rancangan berkenaan,” katanya seperti dilapor BH Online.
Dalam pada itu, Najib berkata, beliau antara pemimpin pertama dihubungi oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan kelmarin berhubung isu berbangkit.
“Perkara ini saya akan ulas dalam ucapan penggulungan (PAU 2017) esok, sebab beliau (Erdogan) ada buat beberapa syor.
“Saya akan beri respon pada ucapan esok,” katanya.

 

Sponsored Links :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...