Danial tersingkir maharajala lawak minggu ke 5 2017

danial lawak solo, danial. Danial selaku juara lawak solo musim 1 akhirnya minggu yang kelima tersingkir. Bottom three minggu ini iaitu Dzarwin, Danial dan Kumpulan Nice. Minggu ini bertemakan kerja luar biasa memang agak sukar untuk setiap peserta nak buat lawak. 

Minggu ini, lawak yang disampaikan oleh Danial banyak recycle lawak-lawak yang sebelum ini. Sebenarnya apek selaku juri telah pun memberi nasihat agar cari kelainan semasa di lawak solo lagi. Tapi danial masih lagi dengan cara itu sehingga ke hari ini. Iaitu impersonate orang lain, cuma watak itu masih sama lagi, chef wan, shamsul yusof, datuk Yusof, Jai , Dr Zakir naik dan macam-macam lagi. 

Minggu ini danial menceritakan tentang kerja sebagai operator telepon yang bila kita telepon, orang tak angkat, ada operator jawab , nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Selain memasukkan unsur jenaka , mahu ada nasihat dari dr zakir naik. Dahla itu jerla.

Hambar sangat minggu ini buat danial. Mesej yang baik untuk kita ambil macam takda pulak. Apepun, danial tetap meneruskan cabaran walau orang tak gelak, muka datuk rosyam nor serius tak ketawa langsung. All the best buat danial di pentas yang lain. Sekian terima kasih.

 

Sponsored Links :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...