Video iklan Judi muncul lagi yang baru IBC003

IKLAN RAYA JUDI

Belum reda kes yang baru-baru ini tular, hari ini muncul lagi iklan judi raya lagi. Tatkala rakyat masih marah dengan iklan Aidilfitri versi mempromosi judi oleh Gbet333 baru-baru ini, tular pula video sama dipercayai membabitkan operator perjudian lain.

Terkini, video bertemakan Hari Raya Aidilfitri berdurasi lebih tiga minit dikeluarkan oleh IBC003, bagi mengajak orang ramai menggunakan perkhidmatan mereka untuk meraih wang berganda.

Sama seperti iklan yang disiarkan Gbet333, video bertajuk ‘IBC003 Hari Raya Berkaya’ itu juga menggunakan khidmat pelakon beragama Islam yang lengkap berbaju kurung dan Melayu, dengan berlatarbelakangkan suasana beraya di kampung.

“Bersama kita raikan bila ada kemenangan IBC003, hari raya bahagia,” demikian antara bait-bait lirik yang terdapat dalam video berkenaan.

Video terbaharu itu nyata menambah lagi kemarahan pengguna media sosial yang menyifatkan operator perjudian di Malaysia semakin melampau kerana terbuka menghina Islam.

“Sama idea, konsep dengan yang Gbet333. Mesti krew produksi sama,” dakwa Adam Azrul.

“Jangan share, target dia memang nak orang share benda-benda ni. Seorang share boleh beribu orang tengok, kalau beribu share dah dapatlah target mereka. Kalau boleh block,” tegas Zain Azraii Abd Manaf.

“Harap pihak berwajib ambil tindakan dengan segera,” saran Wardina Safiyah.

Sebelum ini, tular klip video berjudul ‘GDBet333 Hari Raya’ yang tampil mengajak orang ramai menggunakan servis judi untuk meraih wang berganda.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dilaporkan telah meminta penyedia platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan YouTube agar menurunkan iklan yang mengajak umat Islam di negara ini berjudi bagi mendapatkan duit balik kampung sempena Aidilfitri.

Apa kes nih??

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top