Video 7 pekerja j &t minta maaf

pekerja j nt minta maaf

Tujuh pekerja J&T Perak hari ini membuat permohonan maaf berhubung insiden membaling barang pelanggan yang tular di media sosial. Nasi dah jadi bubur.

KUALA LUMPUR: Tujuh pekerja syarikat kurier, J&T Express (J&T) Perak hari ini membuat permohonan maaf berhubung insiden membaling barang pelanggan yang tular di media sosial.

Menerusi video berdurasi 57 saat yang dimuat naik melalui Facebook J&T Express Malaysia-Perak, seorang daripada pekerja terbabit menafikan terdapat isu dalaman atau potongan gaji membabitkan pekerja dan syarikat itu.

“Kami ingin jelaskan di sini tiada tindakan mogok. Sekali lagi kami memohon maaf kerana menjejaskan nama syarikat dan barang pelanggan rakyat Malaysia.

“Kami sedaya upaya akan memproses dan menghantar barang pelanggan secepat mungkin,” katanya.

Terdahulu, J&T dalam satu kenyataan memohon maaf kepada pelanggannya di seluruh negara berhubung kejadian pekerja mogok dan membaling barang yang tular di media sosial.

J&T menjelaskan, insiden berlaku disebabkan kakitangan kurang jelas mengenai sistem pengagihan bonus sehingga menjadi punca kejadian mogok serta tindakan membaling barangan milik pelanggan oleh kakitangan syarikat itu.

“Sebenarnya J&T sudah memberikan pembayaran pekerja akhir tahun selepas membuat pertimbangan komprehensif, bersesuaian dengan peraturan dan undang-undang bonus serta undang-undang perburuhan.

“Bonus penuh dibayar kepada pekerja yang bekerja selama tempoh satu tahun dan ia (bonus) dibayar mengikut tempoh masa pekerja yang bekerja kurang dari satu tahun,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, tular di media sosial video pekerja syarikat kurier membaling bungkusan pelanggan selepas dipercayai mogok susulan majikan mengurangkan komisen kerja.

Rakaman video berdurasi 15 saat di salah sebuah hub kurier syarikat itu turut menunjukkan lambakan timbunan bungkusan yang difahamkan mengalami kelewatan penghantaran.

Video itu mendapat pelbagai reaksi netizen dan pelanggan yang kesal dengan tindakan pekerja terbabit kerana dikhuatiri akan merosakkan barangan dalam bungkusan

Pada pendapat aku dari video ini kita dapat tahu salah tetap salah sebab dah rosakkan barang customer tuh semua. Boikot boleh, tetapi bukan cara macam ini. Buat cara lain, berhenti ramai-ramai atau adukan kepada pihak yang berwajib macam jabatan tenaga buruh.

Tak pasal-pasal korang kena buat video mohon maaf, dan cakap bukan masalah dalaman. itulah inilah, aku tahu ini semua kencing jer nak buat kononnya pihak pengurusan takda salah langsung.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top