Vaksin percuma hujung bulan ini, libatkan tiga fasa-PM

vaksin covid19 melalui tiga fasa

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memulakan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini dengan sasaran sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu akan menerima vaksin secara percuma.

Fasa pertama

Frontliner, barisan hadapan terlebih dahulu. 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program itu melibatkan tiga fasa iaitu fasa pertama membabitkan sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan.

Fasa kedua.

Kumpulan berisiko tinggi. Warga emas, 60 tahun keatas. 

Menurut beliau, fasa kedua pula akan melibatkan kumpulan berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 iaitu warga emas dan golongan rentan berusia 60 tahun ke atas, yang mengalami masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi.

“Golongan orang kelainan upaya (OKU) turut termasuk di dalam fasa ini. Sebanyak 9.4 juta orang dianggarkan akan menerima vaksin di bawah fasa kedua ini, yang akan berlangsung mulai April hingga Ogos.

Fasa ketiga.

Golongan berumur 18tahun ke atas. 

“Bagi fasa ketiga pula, baki penerima vaksin merupakan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, yang akan bermula dari Mei 2021 hingga Februari 2022. Fasa ini penting untuk membentuk perlindungan kelompok atau herd immunity dan seterusnya mengawal pandemik ini secara menyeluruh,” katanya dalam perutusan khas hari ini.

credit to utusan online.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top