[UPDATE] ‘Rupanya, PEMANDU BAS khayal syabu… ‘

pemandu bas rapidkl

Sebab itu kita janganlah ikut perasaan, siasat terlebih dahulu. Ini tak nak salahkan orang tuh orang nih, apepun semua yang terjadi ada hikmahnya. Kejap geng bas, kejap geng abam burger, kejap geng abam samurai lah. itulah ini.

POLIS mengesahkan pemandu bas RapidKL berusia 32 tahun yang merempuh tujuh kenderaan di Jalan Ampang, malam semalam, khayal akibat syabu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pemandu itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan juga dibantu oleh polis Selangor dan polis Kuala Lumpur. Lelaki terbabit ditahan oleh polis Ampang kerana insiden itu berlaku di kawasan berkenaan.

“Bagaimanapun, kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini,” katanya pada sidang media, hari ini.

Mengulas berhubung dakwaan beberapa orang membelasah pemandu itu, Mazlan berkata, pemandu terbabit perlu membuat laporan polis terlebih dahulu. 

“Kita akan melakukan siasatan selepas menerima aduan,” katanya.

Difahamkan, empat individu dilaporkan cedera akibat kejadian berkenaan.

copy paste, harian metro

Pemandu bas Rapid KL direman

PEMANDU bas Rapid KL yang terbabit dalam insiden rempuhan tujuh kereta di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, direman selama empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, pemandu berusia 32 tahun itu ditahan malam tadi kerana positif dadah jenis syabu.

“Majistret Kuala Lumpur membenarkan reman terhadap suspek selama empat hari bagi menjalankan siasatan berhubung kejadian.

“Pemandu bas berkenaan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada Khamis lalu, tujuh kereta dilanggar bas RapidKL yang dalam perjalanan dari Datuk Keramat menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Kejadian berkenaan tular di laman sosial selepas video berdurasi 1 minit 40 saat mengenai kejadian menunjukkan bas berkenaan dipandu dengan laju apabila dikejar penunggang motosikal.

Penunggang motosikal itu memaki hamun pemandu bas berkenaan yang dikatakan melanggar ibunya, sebelum pemandu bas terbabit melarikan diri apabila kenderaan itu tidak bergerak selepas merempuh kenderaan lain.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top