Trailer Munafik2 Skop Production 2018!! (Sinopsis)

munafik2, poster munafik2,

Munafik 2 ialah sebuah filem seram Malaysia 2018 yang akan datang, arahan Syamsul Yusof dan merupakan kesinambungan daripada filem Munafik yang ditayangkan pada 2016. dan dibintangi oleh Syamsul sendiri, Fizz Fairuz, Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Fauzi Nawawi, Mawi, Rahim Razali dan pelakon Indonesia, Weni Panca. Ia mengisahkan tentang perjuangan Ustaz Adam yang berhadapan dengan kultus ajaran sesat yang diketuai oleh Abu Jar dan menyelamatkan seorang ibu tunggal dari kejahatan Abu Jar. Munafik 2 dijadualkan akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 30 Ogos 2018.

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Skop Productions mempersembahkan sebuah filem seram/islamik “Munafik 2” dari pengarah Syamsul Yusof yang akan berada di pawagam pada 30 OGOS 2018 seluruh Malaysia/Singapore/Brunei. “Munafik 2” juga bakal ditayangkan di bioskop Indonesia pada tarikh yang akan dimaklumkan tidak lama lagi.

Didalam Al Quran, golongan yang paling teruk dikeji Allah ialah ulama yang tidak amanah dan mengharapkan habuan dunia. Golongan inilah yg bakal ditentang Ustaz Adam didalam filem “Munafik 2”.

Nantikan pertarungan antara hak & batil yang mampu menggegarkan jiwa. Berjayakah Ustaz Adam melawan orang2 munafik yg menentang Allah dan Rasulnya? Kerana Adam hanyalah insan biasa..

“Munafik 2” lakonan Syamsul Yusof, Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Datuk Rahim Razali, Datuk Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi, Mawi, Adik Zara Sophia, Ku Faridah,Weni Panca,Roslan Salleh dan penampilan istimewa Namron.

Sinopsis

Ustaz Adam menentang seorang lelaki dengan ajaran agama yang sesat. Semangat jahat yang dikaitkan dengan lelaki itu menjejaskan ibu tunggal yang miskin dari sebuah kampung yang terpencil dan Ustaz Adam harus menyelamatkannya daripada itu.

Pelakon

  • Syamsul Yusof sebagai Ustaz Adam
  • Maya Karin sebagai Sakinah
  • Fizz Fairuz sebagai sebagai Azman
  • Nasir Bilal Khan sebagai Abu Jar
  • Mawi sebagai Ustaz Azhar
  • Fauzi Nawawi sebagai orang kanan Abu Jar
  • Rahim Razali sebagai Rahim
  • Weni Panca sebagai Wanita Iblis
  • Nur Zara Sofia sebagai Aina

Pada jam 8 malam ini, Budiey hadir pula di Majlis Pelancaran Filem MUNAFIK 2 yang diadakan di Concourse Finas. Event ini dihadiri oleh semua pelakon utama yang membintangi filem ini. Antaranya, Syamsul Yusof, Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Mawi, Fauzi Nawawi, Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali dan ramai lagi.

Filem ini bakal menjalani pengambaran pada 20 Mac 2017 selama 50 hari di negeri Selangor, Pahang dan Perak.

Dipersembahkan oleh Skop Productions, filem MUNAFIK 2 yang menjadi karya Syamsul yang ke-10 ini mempunyai keunikan tersendiri. Khabarnya lebih gempak dari filem MUNAFIK yang pertama. Diarahkan oleh Syamsul Yusof, kejayaan filem ini pastinya memberi semangat untuk terus menghasilkan yang terbaik. Perjuangan yang tiada noktah, begitulah kata-kata semangat yang pernah dilontarkan oleh Syamsul semasa beliau bangkit semula menghasilkan filem MUNAFIK pada tahun 2016.

Budiey kira, filem terbitan Skop Productions ke-40 pastinya dinantikan oleh pengikut setia filem seram kerana aura dan sentuhan luar biasa Syamsul memang dinantikan. Mengimbas kembali buat seketika filem MUNAFIK berkat doa dan semangat gigih Syamsul semasa menghasilkan MUNAFIK ternyata telah mengukir kejayaan besar dalam lipatan sejarah kerjaya beliau sebagai seorang pengarah dan pengkarya apabila beliau dinobatkan sebagai pengarah terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28 buat kali ketiga.

Kembali mengukir sejarah tersendiri, Syamsul meneruskan usaha perjuangannya dalam filem MUNAFIK 2. Sekali lagi mengekalkan genre seram dan penuh perisian keagamaan dengan gaya persembahan yang bertenaga dan bermotivasi.

Boleh dikatakan atas permintaan para penggemar filem karya Syamsul dalam mendorong beliau untuk mempersembahkan sebuah lagi karya yang berkait rapat dengan jalan cerita MUNAFIK.

Syamsul percaya dengan menampilkan Maya Karin buat pertama kalinya dalam MUNAFIK 2 yang dikatakan memakan kos produksi . Bakat lakonan menerusi filem sebelum ini diyakini mampu menghidupkan watak Sakinah yang menuntut kawalan emosi sebagai seorang anak yang menjaga bapanya yang mengidap misteri. Di samping membesarkan seorang anak yang turut menderita sejenis penyakit gara-gara diganggu oleh jin dan syaitan.

Syamsul juga menampilkan pelakon Nasir Bilal Khan buat kali kedua menbawa watak yang cukup mencabar. Syamsul percaya berdasarkan lakonan mantap Nasir sebelum ini menerusi filem BOHSIA… Jangan Pilih Jalan Hitam (2009) Nasir berjaya menghasilkan sentuhan lakonan terbaik untuk watak yang diberikan dalam filem MUNAFIK 2.

Selain itu, Syamsul yang begitu serasi dengan Mawi dalam bidang nyanyian telah mendorong pengarah ini untuk memberikan tugasan baru buat Mawi untuk menghidupkan satu watak. Syamsul mengambil kira kesesuaian Mawi sebagai seorang personaliti yang berpengaruh dengan kreativiti keagaamaan.

Pelakon berkarakter Fauzi Nawawi juga turut menjadi pilihan untuk mendokong watak yang diwujudkan dalam MUNAFIK 2. Pemilihan Fauzi dibuat berdasarkan hasil lakonan beliau yang dilihat mampu memainkan peranan yang tidak kurang mencabar.

Selain itu, Syamsul masih mengekalkan beberapa pelakon hebat yang lain yang pernah muncul sebelum ini seperti Fizz Fairuz dan Datuk Rahim Razali.

Trailer Munafik 2.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top