Tonton online shh i love you episod 23,

shh i love you

Nadia pengsan. Ketika itu, Aidan tak ada pilihan lain. Dia terus memapah Nadia untuk dibawa ke hospital dengan segera. Risaunya Aidan ketika itu melihat keadaan Nadia. Dia terus meletakkan Nadia di dalam kereta. Memandu kereta dengan agak laju dan di samping itu terus meminta Nadia bertenang.

Ketika itu, dia sempat meminta maaf kerana marahkan Nadia. Nadia masih lagi belum memberikan sebarang respon sehinggalah sampai di hospital. Nadia di masukkan ke icu. Aidan terpaksa call keluarga Nadia. Tidak berapa ibu bapa Nadia muncul dan mereka cukup risau. Ketika itu, Angah datang dia terus memarahi Aidan.

Baginya ada sesuatu yang tak kena dengan kesakitan yang dialami oleh Nadia. Masa itu, Aidan memang akur semua itu salah dirinya. Aidan memintak maaf dengan Angah dan berharap segalanya berjalan lancar selepas ini. Sumaira merupakan orang yang paling gembira mendapat berita tentang Nadia. Dia menjangkakan Nadia akan mati. Masa itu dia berjumpa dengan Naufal.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top