Tonton online rock oo Full Movie,Mamat Khalid

rock oo

“Rock Oo! Rimba Bara Kembali” adalah sekuel filem rock, “Rock”, yang mengisahkan perjalanan sebuah kumpulan rock kampung, Rimba Bara. Mereka ingin mengharumkan nama band sendiri di arena muzik tempatan tetapi ia bukan mudah. Que Haidar memainkan watak Amy Mat Piah, seorang lelaki muda dengan prinsip petani moden tidak mudah berputus asa. Dia ingin menyatukan semula ahli-ahli Rimba Bara – Jijo (Khir Rahman), Slash Haji Tapah (Pekin Ibrahim) dan Mi Black (Azmi Black).

Bahasa: Melayu
Sarikata: NA
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan:: 28 Feb 2013
Genre: Drama / Muzikal
Durasi: 93 Minit
Pengedar: Primeworks Studios
Pelakon: Que Haidar, Khir Rahman, Soffi Jikan, Pekin Ibrahim, Azmi Black
Pengarah: Mamat Khalid
Format: 35MM, 2D

Plot cerita ini berdasarkan kehidupan kugiran Rimba Bara setelah Zack (Hasnul Rahmat) mengambil keputusan untuk berundur dari kumpulan tersebut. Cerita bermula dengan kisah bagaimana Amy Mat Piah (Que Haidar) melalui hari-harinya selepas dibuang dari kumpulan Rimba Bara. Hari-hari beliau sering dihantui dengan kisah Rimba Bara, walaupun beliau telah meneruskan pekerjaan beliau sebagai pembuat air batu campur. Pada masa yang sama Rimba Bara dikejutkan dengan perkhabaran tentang penyanyi utama mereka, Zul Kapan (Soffi Jikan) yang menghadiri uji bakat yang dilakukan oleh Syarikat rakaman milik M. Nasir, Luncai Emas. Berita tersebut telah sampai ke pengetahuan Amy dan kesempatan tersebut cuba diambil untuk merapati semula kumpulan lama yang pernah dianggotainya. Zul Kapan  dan Lan Lentik meninggalkan Rimba Bara selepas Luncai Emas bersetuju untuk mengambil Kumpulan Malaikat Maut sebagai artis rakaman. Kebuntuan mencari ahli baru selesai apabila mereka mengambil Slash untuk menggantikan Lan lentik sebagai gitaris utama manakala Amy telah diberi peluang kedua sebagai penyanyi utama.

READ
Live streaming jdt vs melaka united suku akhir kedua piala malaysia 2017

Survival mereka diteruskan dengan kehadiran semula Cik Man yang baru menghabiskan hukuman penjara. Pengalaman pertama yang dilalui oleh Kumpulan Rimba Bara di Kuala Lumpur menyebabkan Jijoe merasa berat hati untuk menerima semula kehadiran Cik Man. Namun disebabkan peranan dan kesungguhan Cik Man menyebabkan mereka melupakan kesukaran lepas dan membuka lembaran baru. Perjuangan musik mereka di Kuala Lumpur tidak menjadi seperti yang mereka jangkakan apabila Cik Man menghilang selama 2 hari. Cik Man telah ditahan pihak Polis dan ia menyebabkan ahli kumpulan Rimba Bara mengambil keputusan drastik untuk pulang semula ke kampung halaman. Sebelum pulang ke kampung, mereka pergi ke Galatika dimana mereka bertemu dengan Cik Wan yang merupakan kenalan lama Slash. Pertemuan ini menghidupkan semula harapan perjuangan seni musik Rimba Bara. Namun harapan mereka sekali lagi musnah apabila Cik Wan ditemui mati.

Ahli kumpulan Rimba Bara akhirnya pulang ke kampong halaman mereka dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Satu hari Amy didatangi Zul Kapan bersama Slash, Black dan anggota kumpulan Malaikat Maut yang mencari Jijoe. Sewaktu di rumah Jijoe, Zul Kapan menyatakan hasrat untuk kembali menyertai Kumpulan Rimba Bara. Kumpulan Malaikat Maut telah diharamkan disebabkan Ajak yang merupakan pemain Bass kumpulan tersebut telah menggigit itik hidup-hidup sewaktu mengadakan persembahan. Situasi yang sama berulang sekali lagi apabila ternyata vocal milik Zul Kapan tidak mampu ditandingi oleh Amy. Amy menangis kekecewaan namun dipujuk oleh Jijoe dan Zul. Mereka akhirnya melantik Amy sebagai pengurus kumpulan Rimba Bara.

Pelakon utama

  • Que Haidar sebagai Amy Mat Piah
  • Khir Rahman sebagai Jijo Alfonso Pareira Abdullah
  • Mohamad Shoffi Jikan sebagai Zul Kapan
  • Pekin Ibrahim sebagai Slash @ Wan Sulaiman
READ
Tonton online the masked Singer Minggu ke 5 2020

Pelakon pembantu

  • Saiful Apek sebagai Wan Megat
  • Pyan Habib sebagai Tauke Kedai
  • Rosli Mohalim sebagai Pemain Gitar
  • Jaafar Onn sebagai Pak Said
  • Tasha Shilla sebagai Tasha
  • Fatin Syahirah sebagai Awek Slash
  • Kamarool Haji Yusoff sebagai Cik Man MC

Penerbitan

Pengambaran filem ini dilakukan di sekitar Perak dan pusat beli-belah dan di pasar di Ipoh. Filem ini memanggil semula pelakon kelas A di Malaysia, Que Haidar setelah dua tahun bersara dalam bidang lakonan.

Keluaran dan sambutan. 

Tayangan

Rock Oo! dikeluarkan pada 27 Februari 2013. Treler rasmi filem ini dikeluarkan pada 8 Januari 2013 di saluran YouTube rasmi Primeworks Studios. Filem ini berjaya meraih kutipan pecah panggung kasar sebanyak RM 3.95 juta semasa keluaran tayangannya di pawagam.

Ulasan. 

 

Rata-rata pengkritik filem memberi ulasan yang positif mengenai filem ini. Filem ini menerima standing oviation, ketika ditayangkan untuk media tempatan. Aidil Rusli daripada akhbar The Malaysian Insider memuji filem ini sebagai “…lawak bodoh yang kelakar.”. Fikri Jermadi daripada portal perfileman thoughtsonfilms.com memuji mutu arahan Mamat Khalid dan lakonan Khir Rahman. Portal hiburan Ohbulan.com menekankan kejayaan Mamat Khalid menerapkan nilai-nilai murni serta sindiran dalam filem ini dengan sempurna. Portal perfileman kakiwayang.com pula mengkritik tiadanya kesinambungan antara filem ini dengan filem pertama tetapi memuji kejayaan filem ini menggambarkan Kuala Lumpur pada tahun 80-an. Filem ini mendapat rating 7.7 per 10 dalam portal perfileman IMDb.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: