Tonton online JKK kampung kalut episod 13, (akhir) Sayonara

JKK , jenaka kampung kalut,

Sedih woo, tak jumpa lah mikan lepas nih.. Huhu. Apeupun sitkom ini adalah garapan yang terbaik juga selepas pimai-pimai tangtu.

Sitkom komedi J.K.K kembali untuk musim kedua kini dikenali sebagai Jenaka Kampung Kalut kali ini membawakan sedikit kelainan dengan penampilan watak baru berbangsa Jepun iaitu Mikan Nakamura.

Mikan adalah seorang gadis Jepun yang bekerja di Isetan di Kuala Lumpur. Dia mempunyai impian untuk membuka kedai sendiri yang menjual barangan ekslusif produk Jepun. Sahabat baiknya, Bijan mengajaknya untuk membuka kedai bersama-sama di J.K.K. Akhirnya Mikan membuat keputusan membuka kedai impiannya itu dinamakan sebagai ‘The Japan Store’. Kedai itu menjual buah-buahan, sayur-sayuran, pelbagai barangan harian, kosmetik dan produk Jepun yang lain. Perniagaan yang pada mulanya baik, bertukar menjadi huru-hara dipenuhi masalah yang tidak berkesudahan dan dia dibantu oleh penduduk kampung memikirkan jalan penyelesaian.

Suatu hari, Mika mendapat tahu bahawa ibu bapanya sakit dan dia perlu segera pulang ke Jepun. Mikan meminta penduduk kampung J.K.K untuk menghantar ubat dari Malaysia. Bimbang akan keadaan Mikan, mereka penduduk J.K.K membuat keputusan untuk terbang ke Jepun bersama-sama membawa ubat diperlukan. Sampainya mereka di Jepun, pelbagai telatah aneh berlaku ketika berada di Ehime serta Nagano. Dapatkah mereka menyampaikan ubat tersebut kepada Mikan?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top