Tonton online Budak tebing Episod 2

budak tebing,

Budak tebing episod 2.

Laura mempersoalkan sikap tidak bertanggungjawab Tongki yang menghilangkan diri sehingga menyebabkan satu persahabatan yang sangat akrab di antara Arif dan Tongki retak. Tongki yang masih trauma dengan kejadian itu terus membisu dari memberikan penjelasan atau membuat pengakuan kepada Laura apa sebab dia menghilangkan diri sebaik sahaja kejadian itu berlaku.

Hanya Laura sahaja yang percaya kata-kata Yoyol walaupun Laura tidak menyaksikan kejadian itu. Laura juga gagal membuktikan yang Arif tidak bersalah kerana dia bukan saksi mata kepada kejadian itu. Tongki terus menyangkal dan tidak mahu mengaku yang dia penyebab walaupun Laura memaksa Tongki membuat pengakuan. Tongki terkejut apabila mengetahui yang Arif ditangkap dan dimasukkan ke Henry Gurney. Walaupun Tongki rasa bersalah dia terus menutup mulut dan takut untuk mengaku.

Tongki yang kini bekerja sebagai “delivery boy”, menyewa bilik di pekan itu dan sering berkunjung ke “tebing” secara curi-curi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top