Tonton online Budak Tebing episod 1

budak tebing,

Budak tebing episod 1 .

Pelakon: Aedy Ashraf, Adam Lee, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Firdaus Ghufran, Fariz Isqandar

Sebaik sahaja keluar dari Henry Gurney Arif tidak terus pulang kerumah tetapi terus ke “Tebing” yang menjadi tempat dia bersama-sama rakan-rakan sebaya melepak diusia kanak-kanak. Arif seolah-olah rindu dan terharu melihat tempat yang banyak menyimpan kenangan seperti memancing bersama-sama, poteng puasa, ponteng sekolah dan pelbagai lagi aktiviti yang dianggap nakal.

Kini kesemua sahabatnya entah hilang ke mana. Arif tiba-tiba terkenang kisah kelam yang menjadi punca dia terpaksa menghabiskan usia kanak-kanak di Henry Gurney. Di “tebing” itulah menjadi saksi kejadian kematian Kodi di tangan Tongki tetapi yang dituduh membunuh adalah Arif. Tragedi perebutan telefon bimbit di antara Tongki dan Kodi tak akan dia lupa sampai ke mati. Lamunan Arif terhenti bila ditegur oleh Laura, seorang anak gadis yang masih setia berkunjung ke situ. Disebabkan rasa rendah diri bergelar “pembunuh”, Arif tidak mempedulikan Laura, Arif terus meninggalkan tempat itu dan membiarkan Laura.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top