Tonton online Andainya2 Takdir Episod 20 (akhir)

andainya takdir syukri yahya,

Andainya takdir episod 20 (akhir).

Siapa pilihan hati tiha?? Adakah airil yang dilihat sudah berubah, atau sekejap jer dia berubah? Lepas tuh jadi balik??

Perceraian Airil dan Fatihah menjadikan hidup Airil terumbang-ambing, tidak mampu menerima hakikat Fatihah bukan lagi isterinya dan berjauhan dengan Aleeya. Hidup Fatihah tidak aman apabila Airil terus mencampuri segala urusannya. Akhirnya Fatihah terpaksa membuat keputusan berpindah ke Terengganu membuatkan Airil hidup dalam memori. Fatihah didekati oleh dua lelaki lain, Nizam dan Hafiz membuatkan Airil berusaha mendapatkan rawatan bagi penyakit yang baru disedarinya. Dia takkan biarkan Fatihah dimiliki lelaki lain. Segala usaha dilakukan agar Fatihah kembali kepadanya.

“Rindu ini jahat… Abang tak tau macam mana nak kurangkannya. Sebab… Setiap masa makin bertambah…”
Namun segala usaha itu makin menyesakkan jiwa Fatihah. Walaupun jauh dalam sudut hatinya masih ada cinta namun ego tetap menguasai diri. Malah kesusahan hidup sebagai ibu tunggal merubah jiwa wanitanya menjadi lebih ego dan keras. Akhirnya Fatihah cuba menerima Hafiz, lelaki yang hadir dengan sifat sabar dan tenang yang tinggi.

“Betul ke Tihah langsung tak nak abang ada dalam hidup Tihah?”
“Ya! Saya nak mulakan hidup baru! Bukan dengan awak! Tapi dengan Hafiz! Dan awak pun patut bina hidup baru awak sendiri!”
“Tihah… Tihah…”

Demi menidakkan rasa cintanya terhadap Fatihah, Airil juga cuba untuk menerima Sofea, wanita yang banyak membantu dan berkorban untuknya. Namun mampukah takdir menyatukan mereka andai cinta masih berada di dalam hati manusia yang pernah menyakiti mereka?

Kesinambungan kisah Fatihah dan Airil selepas mereka bercerai. Airil tetap mengejar Fatihah, membuatkan Fatihah semakin resah. Berjumpa dengan Nizam, memberikan dia peluang untuk melarikan diri. Namun sayang, walau beribu batu jauhnya dia berlari, Airil tetap mengejar. Dalam diam Nizam menyukai Fatihah. Dan dalam masa yang sama Hafiz juga menghulurkan kasih. Dia jadi kelelalahan sendiri. Apakah dia patut kembali kepada Airil demi Aleeya? Atau menyambut cinta yang lain?

nantikanya live drama ini jam 9 malam tv3. Tunggu!!!

Kesimpulannya, cerita ini berjaya melakarkan kisah ‘masyarakat’ ini dengan baik. Berjaya bagaimana penonton turut dapat menyelami rasa sengsara yang dialami Aleeya. Berjaya juga buat pembaca naik stress dengan sikap Normah makcik bawang yang tak insaf-insaf tuh.

Tonton terus dilink ini

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top