Ammar hidup hapy dan bahagia di thailand. Sementara dia disana, kawannya di kl tuh apa cer agaknya?? Jalan cerita yang sangat menyentuh emosi. Betullah kata hazama, hampir setiap episod dia akan mengalirkan air mata. Cilaka, rock macam hazama pun kena dengan air mata jer.
Kisah Ammar seorang penyanyi yang terkenal kini yang hanyut dalam dunia glamor. Ketika menerima berita kematian ibu, dia berdepan fitnah besar yang membuatkan nama dan kerjayanya hancur hingga membuatkan dia kemurungan dan mengalami tekanan perasaan yang teruk. Sebuah tawaran baru muncul untuknya mengenai sebuah kosert di Thailand yang akan menaikkan namanya kembali. Namun, ketika tiba di Thailand dia sedar dirinya sudah ditipu.
Sejak itu hidupnya semakin berantakan hingga menjadi gelandangan. Dia akhirnya bertemu dengan Yopi, pengemis cilik yang menjadi sahabat karibnya. Sejak itu mereka berdua menyanyi di jalanan demi sesuap nasi. Kembara baru itu banyak mengajarnya makna sebuah kehidupan serta menemukan dia dengan Tuhan yang ditinggalkannya selama ini.
Ammar dan opie episod 9.
Haji Awie mandikan Ammar,guntingkan rambut, Ammar nampak lebih kemas. Wardah sering mencari ubat untuk Opie, kerana Opie kekurang wang hanya bergantung derma ketika buskin. Ammar mula mahir dalam pembacaan Al-Quran (kita lihat murid terpaku kelunakan bacaan Ammar, nampak mereka tercengang/ lucu), Ammar boleh memanah dengan baik serta aktiviti yang pernah dia lakukan dari sukar ke sesuatu yang selesa di sekolah pondok.
Opie menceritakan sedikit kisahnya tentang kedua ibubapanya, sehinggakan Opie membuka cerita bahawa pihak tempatan ada memberi surat kepada Haji Awie bahawa ada keluarga angkat untuk mengambil Opie. Perkara ini di akui Haji Awie sendiri, tetapi terserah kepada Opie kerana di sahaja yang boleh terima dan menolak keluarga angkat tersebut atas umurnya yang mampu buat keputusan. Ammar rasa sedih jika Opie terima., tapi itulah Ammar tidak berkata apa pasal hal ini, dia lebih kepada protes dan buat muka jer, konon merajuklah kan. tapi opie tuh kan masih kecil lagi. Dia apa lagilah tahu sangat kan pasal hal ini, memanglah dia ada happy makan minum , kehidupan dia terjaga. Cuma persahabatan dia dengan ammar dan rapat, kira blood brother lah.
Manager ammar sanggup pergi ke thailand cari ammar semula, demi apa agaknya?? Dah kau ludah ammar, lagi lu nak jilat balik??