Tonton online 17 puasa 2019

16 puasa, drama 16 puasa,

17 puasa kembali.

Jom layan drama 17 puasa.

Yak yak yeay.

Itulah tagline yang kita ingat masa drama 16 puasa tuh geng plastik hitam. Mana kedai dia tibai jer, kedai ah chong janji perut terisi. Haha.

Tonton juga 16 puasa. 

17 Puasa merupakan sebuah telefilem bergenre komedi arahan Mamat Khalid hasil terbitan Enjit Enjit Semut Motion Pictures dan Mi Anak Maheran menemui penonton pada 22 Mei 2019 di Astro First. Telefilem ini merupakan sekuel kepada telefilem 15 Puasa dan 16 Puasa.

Trivia

Di dunia sebenar, Rab Khalid (Yeh Sekupang) dan Man Kadir aka Pak Jabit (Tok Ketua) telah meninggal dunia dan tiada pengganti untuk watak tersebut. Bagi watak Abe Li, pelakon sekuel dari 16 Puasa, Sabri Yunus tidak mahu meneruskan lakonannya dan tugas itu digalas oleh Amran Nasaruddin. Di garis waktu cerita, Ajiz kini mengalami kecacatan kekal pada kaki selepas mereka ditimpa kemalangan jalan raya yang telah meragut nyawa isterinya, Subaidah.

Sinopsis

Geng Plastik hitam menerima kemasukan Abang Sapri (Dewa Sapri) sebagai ahli baru mereka. Mengisi slot kekosongan yang ditinggalkan Yeh Sekupang. Abang Li lakonan Sabri Yunus pula diisi oleh Amran Nasaruddin. Sekaligus menjadikan watak Abang Li dari 15 Puasa, 16 Puasa dan 17 Puasa dilakonkan oleh 3 pelakon berbeza, iaitu Adlin Aman Ramlie (15 Puasa (telefilem)), Sabri Yunus (16 Puasa) dan Amran Nasaruddin (17 Puasa).

Plot

Ngasri yang sebelum ini bukan watak utama menjadi karakter utama dalam cerita ini apabila 17 Puasa lebih bercerita tentang kehidupan sehariannya yang terpaksa menjaga abang iparnya, Rashid yang mempunyai masalah mental disebabkan tekanan kerja.

Abe Li pula berjaya memenangi RM1,000.00 hasil perjudian nombor ekor. Isteri dan anaknya kecewa dengan tindakannya yang masih belum berubah untuk ke arah kebaikan. Isterinya bernekad, menggadaikan rantai lehernya demi mendapatkan duit untuk persiapan menjelang hari raya puasa yang akan tiba. Paling lucu apabila Abe Li membelanja mereka dengan nasi bungkus tetapi mereka tidak mahu makan kerana dibeli hasil wang nombor ekor tetapi kemudian mereka sanggup memakannya kembali dari mengalami kelaparan.

READ  Tonton online my darling inspektor daniel episod 14

Biarpun telah ditangkap kerana tidak puasa dalam sekuel yang lalu, mereka berenam masih tidak serik dan insaf, malah ligat mencari pelbagai helah, alasan untuk tidak berpuasa seperti makan di rumah Ngasri, makan di tepi sungai dan sanggup bermusafir ke Hospital Tanjung Rambutan, Tanjung Malim untuk mengetahui perkembangan mental Rashid walaupun usahanya gagal. Sementara di dalam perjalanan, mereka telah membeli nasi ganja Ipoh dan memakannya di kawasan jirat cina.

Sekembalinya ke Slim River, Wani dan Khuda meneruskan projeknya kali ini mereka berdua sahaja yang rungsing mencari makanan. Akhirnya, mereka sanggup membeli mee kari di kedai Ah Hock. Meskipun sudah mengetahui mee kari di kedai Ah Hock itu tidak halal, mereka masih membeli dan makan di dalam, namun jejaknya tetap didketahui oleh isteri Wani yang sedar akan tindak tanduk suaminya pada tiap tiap bulan puasa.

Beberapa hari kemudian, di suatu malam, Sapri pula mengalami cedera ringan selepas meriam yang diletupkan mengenai ke atas dirinya sendirinya. Sementara itu, Abe Li kini telah mengambil upah membersihkan kebun milik Ngasri untuk menebus kembali rantai leher isterinya. Dia juga memeberitahu bahawa dia telah diterima untuk bekerja sebagai pengawal keselatan di Studio Pengakap.

Keesokan harinya, mereka meneruskan projek ponteng puasa di tepi sungai, kali ini Ngasri dan Rashid ditugaskan untuk membeli makanan dan minuman. Ngasri sanggup berbohong kepada kawan-kawannya yang dia membeli mee kari di kedai Mat Jasak. Walaupun Sapri sudah cedera di tangan dan muka, dia tetap tidak mahu meneruskan puasa. Ngasri terlupa untuk membeli minuman lalu dia menyuruh Khuda untuk membeli air tebu tetapi di dalam perjalanan, rantai basikalnya telah terlepas / terlucut. Kebetulan Angah melalui kawasan tersebut, Khuda meminta bantuan Angah untuk membeli air tebu tetapi dia telah mengkhianati kawan-kawannya dengan sengaja membeli beberapa bungkus air ketum dengan dos yang berlebihan. Akhirnya mereka berjaya ditangkap oleh Tok Ketua yang baru, kerana didapati telah khayal akibat penangan dari air ketum tersebut. Kemudian mereka ditahan reman di dalam lokap Balai Polis Kampung Slim.

READ  Sinopsis drama cucu tauke beras tv3

Ajiz sempat menghubungi YB wakil rakyat kawasan kampungnya sebelum telefon bimbitnya dirampas. Beberapa jam kemudian, mereka telah diikat jaminan oleh YB wakil rakyat walaupun keputusan tersebut tidak dipersetujui oleh Tok Ketua dan Imam Mokram

Senarai Pelakon

  • Bell Ngasri sebagai Ngasri
  • Aziz M. Osman sebagai Ajiz
  • Amran Nasaruddin sebagai Abang Li
  • Sharwani NS sebagai Wani
  • T. J Isa sebagai Kudha
  • Dewa Sapri sebagai Abang Sapri
  • Jue Aziz sebagai isteri Wani
  • Ziema Din sebagai Rokiah (isteri Abang Li)
  • Siti Nur Fazanah sebagai Kantan (anak Abang Li)
  • Aziatul Akhmar Yusuf sebagai Bibah (isteri Ngasri)
  • Mohd Rashid Othman sebagai Abang Rashid (abang ipar Ngasri)
  • Mohd Azwan Mohd Khalid sebagai Angah (orang suruhan geng plastik hitam)
  • Shahrizal Abu Bakar sebagai YB wakil rakyat
  • Khairul Nizam Hashim sebagai Tuan Mukharam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: