Tonton full debat Berani Semuka, Dr Mujahid vs Ds Azeez 14.8.2020

mujahid vs azeez
SAKSIKAN Bekas Menteri di JPM, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof bersemuka dengan bekas Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dalam BERANI SEMUKA yang dikendalikan Tan Sri Johan Jaaffar, jam 8.30 malam, 14 Ogos 2020 (Jumaat) di semua platform digital Sinar Harian.

SHAH ALAM – Program Berani Semuka: Mujahid VS Azeez anjuran Sinar Harian malam ini bukanlah untuk mencari kesalahan mana-mana pihak, kata bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Abdul Azeez berkata, sebaliknya beliau menerima sahutan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof untuk bersemuka dalam program itu kerana TH dekat di hati beliau.

Namun dalam masa sama, beliau menyifatkan program itu sebenarnya tidak perlu melibatkan dirinya kerana beliau bukannya memegang jawatan Pengerusi Eksekutif TH sebelum ini.

“Patut menteri lawan menteri atau timbalan menteri tapi beliau (Mujahid) pilih saya. Alhamdulillah saya setuju,” katanya dalam program Berani Semuka: Mujahid VS Azeez anjuran Sinar Harian dikendalikan Tan Sri Johan Jaaffar di Studio F Kompleks Karangkraf di sini malam ini.

Ketika ditanya oleh Johan, apa sebenarnya yang dimahukan dalam program berkenaan, Abdul Azeez mendakwa pihak yang bertentangan hanya mahu mempolitikkan isu TH.

“Saya hendak menyatakan di sini soalan Tan Sri (Johan Jaaffar) tadi iaitu apa yang mereka (pihak Mujahid) hendak adalah untuk mempolitikkan isu TH.

“Ini pada penghematan saya kerana (TH) mempunyai 9.3 juta pendeposit yang akan menentukan hala tuju pilihan raya, hala tuju apa-apa jua (perkara) dalam negara ini.

“Kalau kita tengok itulah puncanya sebab kalau kita hendak kaji, teliti dan apa yang kita bincangkan ini sepatutnya tidak perlu sama sekali kerana kami (kerajaan ketika itu) mempunyai fakta,” katanya.

Abdul Azeez turut memaklumkan bahawa kerajaan ketika beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi TH adalah pembayar hibah terbaik berbanding daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Kami pembayar hibah terbaik. Kalau bandingkan, kami bayar 7 peratus, 7.5 peratus. Kerajaan PH (hanya) bayar 1.5 peratus.

“Kalau cerita pasal keuntungan dikatakan kononnya pada 2017 kami telah menggunakan wang pendeposit (macam skim) Pak Man Telo telah disebutkan beberapa rakan di Parlimen tapi sebenarnya tidak,” katanya.

tonton disini

READ
Tonton sepahtu reunion live raya 2019

https://www.facebook.com/SinarHarian/videos/946969852437736

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: