Tips untuk menjadi pelawak yang berstail, berkarisma terpelajar

joker, tips untuk menjadi pelawak, joker yang serius, joker kelakar,

 

Untuk menjadi pelawak yang disegani, dikenali dan juga digilai ramai peminat bukan sesuatu yang mudah. Ini kerana banyak aspek yang perlu diukur dalam menjadi pelawak contoh negara sebaris dengan otai-otai punya tuh contohnya Boboi, osbon, jambu, jozan , sepah dan sewaktu dengannya.

Ekpressi.

Apabila bercerita dalam apa-apa situasi mimik muka perlu ada. Selain itu apabila cerita, muka mesti nampak menceritakan dalam situasi dalam keadaan itu. nampak tak permainan dia disitu.

Perlukan latihan.

Kena berlatih kalau nak best, biarlah berkumpulan. trio memang susah sebenarnya. Dua pun ok jugak. Banyakkan berdialog dan setkan dalam masa 5 minit.

Perlu buat research (homework).

Ini penting, sebabnya kalau ada isu semasa. Maknanya kita peka dengan isu semasa, cuma perlulah lebih bijak mengeksploitasi dengan bahasa yang mudah difahami dan bertujuan untuk mendidik, sebaliknya bukan untuk mengejek kepada isu itu. Kena peka dengan keadaan sekeliing.Tak semua benda kita boleh buat lawak. Kita kena tanya kepada mereka yang pakar ataupun kepada yang lebih arif dalam dunia ini. Ataupun minta izin terlebih dahulu kepada owner yang nak dibahan itu nanti.

Bersedia menerima kritikan.

Pedas atau tak itu harus ditelan. Apa sahaja kritikan dari otai(orang lama) kita kena terima seadanya. Bukan dari itu sahaja, malah dari peminat juga jika kita sebagai pelawak yang mahu pergi jauh mestilah belajar dan terus belajar mencari idea lawak yang baru, fresh. Bukan dari lawak-lawak recycle.

Bersambung.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top