Teka teki yang pelik!

question, quiz, think

Layan teka teki dalam musim pkp nih ok jugak kan.

1)Ada sebuah kapal selam. muatan ialah 30 orang. suatu hari, 29 orang telah masuk kedalamnya.kemudian datang seorang ibu mengandung. tiba-tiba, kapal itu tenggelam..kenapa? Jawapannya: Kerana itu ialah kapal selam.mestilah tenggelam

2)Apa bendanya ada leher, tapi takda kepala, ada tangan tak de jari, ada badan tak de kaki, cubalah teka. Kalau tak tahu jawapannya ialah baju. Bagusss tak???

3)Antara banyak-banyak mi, mi yang mana tak boleh kita makan jawapan: misai

4)”BANGUNAN APA YANG PALING TINGGI?”. JAWAPAN: MASJID: KERANA BANGUNAN LAIN TIDAK BOLEH MENCECAH BULAN DAN BINTANG TETAPI MASJID BOLEH…

5)Anda ada sebuah bakul yang mengandungi 13 biji epal. tiga biji epal telah anda ambil. berapakah biji epal yang anda ada? jawapannya 3lah sebab saya tak tanya berapa biji epal yang tinggal(baki)

6)Benda apakah jika dipotong masih lagi dipanggil panjang walaupun ianya dicincang lumat? Jawapannya: Kacang panjang

7)Banyak-banyak pokok dalam dunia nie,pokok apa paling tinggi,emmm jawapannya tentulah pokok yang tumbuh diatas bukit. hi hi hi….

8)Nak dengar lawak saya,jom… Gini,ketika puasa, kita boleh makan apa yang tak membatalkan puasa.. naktau jawapannya, makan anginlah……kan? kan?

9)Banyak-banyak bunga , bunga apa yang tak boleh cium?? jawapannya…..tentulah bunga api hehehe..

10)Apa kamu buat apabila hujan turun di tengah jalan? Saya jalan di tepi jalanla!

11)Diantara langit dan bumi apa di tengah-tengahnya.Jawapannya (dan) lah.

12)lembu naik motor,kambing naik kereta.orang pula naik apa? jawapan=naik pening

13)kalau semua binatang naik bas,kereta,van,keretapi,kapal terbang dan kapa.Habis manusia nak naik apa? Jawapanya tentulah manusia naik Hairan.

14)Ape pasal baju superman ketat sebab baju dia dah tulis dah depan saiz “S”

15)Banyak-banyak kampung…kampung aper yang selamat di duduk penduduk?..JAAPAN: kampng selamat dan kampung lindung.ahakss!!!

16)Dalam banyak-banyak ibu ape selalu kat dapur Jawapannye tentulah Ibu kuih/ibu roti.Betul kan. 17)Kay: Dalam banyak-banyak burung,burung apa yang tak jumpa ? Ayu: Tak tau Kay: Burung yang hilang le! 18)S: Ada tiga adik beradik, tiap-tiap hari dia bergaduh dan kejar-mengejar… tapi kan hairan ye tak pernah- sekali pun dia dapat…. J: Jawapannya adalah kipas. mana pernah dapat kan…..

19)Awak pernah tak tengok ayam berkaki tujuh????????saya selalu tengok ayam nii..nak tau bila? bila ayam tu berjalan di atas kaki lima..nak tau kenapa boleh jadi tujuh?sebab ayam tu sendiri dah ada dua kaki dan bila berjalan di atas kaki lima, maka dua dicampurkan dengan lima jadilah tujuh kaki….BETUL TAK????

20)Dua orang anak beranak terjumpa seekor Harimau Lapar yang GAAAAAArang sekali. Harimau tersebut hanya menerkam si bapa.Lepas tu harimau relek jer! kenapa harimau tidak menerkam si anak ? Jawapannya : Harimau Tak Garang DUA Kali

21)kalau kambing jadi cicak, cicak jadi kerbau, kerbau jadi anjing, anjing jadi harimau, harimau jadi tikus, tikus jadi kerbau,kerbau jadi gajah, gajah jadi naga, naga jadi cacing. orang jadi apa? Jawapannya : ORANG JADI HAIRANLAH!!!!

22)Bila kita tidur dia bangun bila kita bangun dia tidur???? tapak kaki la bengang

23)MAKAN ISI BUANG KULIT… MAKAN KULIT BUANG APE????? JAWAP??? BUANG TEBIAT…NAK MAMPOS

24)Dalam banyak-banyak BAS,bas yang mana paling tinggi?. Terai teka ( cuba teka)!!!. JAWAPANYA adalah,,,,tungguuuuu,BAS GUNUNG laa!!. BAS ni yang ada kat kedah aje,

25)Dalam banyak2 bandar, bandar apa yang bengkok? Jawapannya bandar Bangkok

26)Dalam banyak-banyak bintang bintang aper yang popular????????????? …….JAWAPANNYA ialah bintang RTM LER………..

27)Banyak2 tahi ……tahi apa yang korang tak nampak…….jawapannya ialah….jeng…..jeng…..jeng….tahi yang korang terpijaklah….kalau nampak mesti tak pijak….betul tak kakakakakakaka lucu nak mampus

28)Sekiranya itik naik kapal terbang manusia naik apa….?? jawapannya manusia naik hairan lah….

29)Dalam banyak-banyak buah,buah apa takde tangkai????? JWPN:BUAH TANGAN LAAAAAAAAA

30)Tikus ape ekornye panjang..jawapannye tikus pc he…he….k.sape nak kenalan email ah kat i ni.k

31)dlm satu kesesakan jln raya di simpang empat ade polis trafik tgh jaga,masa tue ader seorang pemandu lori ,dgn slumbernye dier meneruskan perjalanannya walaupun masa tue lampu merah kat jln die,aper yg peliknya polis tadi tak tahan pemandu lori tue,….. sebab pemandu lori tue jalan kaki…..hahaha jgn marah aaaaaaaaaa

32)Apa ikan paling kaya ??? Jawapannya ialah Ikan Emas .

33)Apa pintu yang tidak ada pintu ???? Jawapannya ialah pintu gol . 34)Antara banyak2 bapak,bapak yang mana paling tua??? JAWAPAN:BAPAK MERTUA lah,sebab dia paling tua,betul tak!!!!!!!!

35)Banyak-banyak batu ,batu apa yang paling BESAR. ‘JAWAPANNYA:BATU PAHAT

36)dalam banyak-banyak si,si apa yang paling terang……..SIANG

37)banyak-banyak hari. hari apa yang paling panas. matahari. 38)banyak-banyak hari. hari apa yang paling ganas. harimau.

39)ader banyak banyak motor, motor aper tak jalan atas jalan raya..? haaaa pikirrrrr jangan tak pikirrr kang kene pikirr….kalau ko rang tak tau jawapan nyer motor bot laaaa ..doll

40)masuk kandang kambing? mengembek. masuk kandang lembu? menguak. masuk kandang harimau? kena ngap.

41)Apakah jenis mi yang terdapat di Malaysia tetapi tidak terdapat di Indonesia??.Jawabnya ialah mi..sai,sebab di Indonesia ianya tidak dikenali sebagai misai tetapi lebih dikenali sebagai kumis.

42)keretaapi jalan ke belakang ape dia??? jawapan nye ubat nyamuk

43)dalam sebatang pokok kelapa, benda apa yang hujunya tak ada perkataan kelapa?… jawapn: lidi penyapu mana ada lidi kelapa..

44)”dalam banyak banyak jam.Jam apa yang berbau busuk??? jawapannya ialah jamban betultak”

45)banyak-banyak mi, mi apa yang paling besar? jawapan:Myanmar….

46)Ikan apakah yang paling besar didunia. Jawapannya ikan sepat benua 47)Dalam banyak ikan…ikan mana yang paling tua..?? Jawapannya ikan keli laaaa..sebab dia ada janggut… 48)dalam banyak buah,buah aper tak ader pokok. jwp:buah dadu

49)Apakah makhluk apabila kecil berkaki empat,apabila besar berkaki dua dan apabila tua berkaki tiga? Jawapan:Manusia kerana semasa kecil merangkak,semasa besar berjalan,dan apabila sudah tua bertongkat.

50)Apakah buah yang berani mengeluarkan jantungnya? Pisang …..

51)dalam banyak-banyak lembu. lembu apa yang orang cari? Jawapanya lembu yang hilanglah.. betul tak, heheheheheheheh…

52)banyak banyak daun, daun apa tidak terdapat atas pokok. Jawapannya daun terup laaaaaaa tu tak

53)Anda sedang berjalan.Tiba-tiba hujan turun ditengah jalan.Apa yang harus anda lakukan.JAWAPANNYA,jalan le tepi jalan..kan hujan kat tengah jalan..

54)Banyak-banyak lori.Lori mana yang banyak tayar……. JAWAPAN:LORI BAWA TAYAR 55)Buah kelapa bila dibelah dua, yang manakah dipanggil kelapa dan yang mana dipanggil nyok ? Yang Selatan tu kelapa dan yang Utara tu Nyok. Hi hi hi hi hi hi!!!!!!!!!!!!!!!!.

56)Banyak-banyak ikan ,ikan mana yang bela anak?(IKAN BELANAK) Ada satu perkataan yang maksudnya sama, huruf sama,bilangan huruf sama, tapi,bahasa melayu dan bahasa inggerisnya tak sama?(DAN)

57)”KAMBING NGAN LEMBU YANG MANA TUA??? JAWAPANYA:KAMBING, KERANA KAMBING ADA JANGGUT LEMBU TAKDAK JANGGUT MAAAAAAAA.

58)banyak-banyak bunga, bunga apakah kalau kita siram dia mati….hah jawapan selepas ini oka jawapannya ialah bunga apilah, sebab dia bukannya bungan hidup..hahaha

59)teka teki apakah dia??????? yang mangejar tidak barkaki..yang dikejar tidak berlari…jawap lah jawapanya ialah ular dengan katak kan katak tidak berlari ia melompat dan ular pula tak de kaki keekkkekekkk….

60)gajah lalu patah titi( Jambatan ) kambing lalu patah aper ?……patah balik ler….

61)binatang aper paling kaya………….beruang ler……( Ber wang )

62)Penyakit apakah paling……sakit.Paling….sakit. JAWAPANNYA : Sakit leher….

63)Di antara motosikal dan kereta yang mana lebih tua??jawapannya:motosikal sebab motosikal pakai tongkat,kereta tak,betui dak….

64)”Beribu-ribu, penduduk Malaysia makan di pinggan dan minum di cawan.. tapi ada satu mangkuk, orang Malaysia tak gunakan untuk makan, apa dia? Ahh..Mangkuk tandas lah, beb!

65)”Dalam kesemua huruf A-Z yang mana satu boleh kahwin?” Jawapannya… ” I dengan U lah” Betul Tak?

66)dalam banyak banyak burung burung apa yang paling tua jawapannya ialah burung kakak tua betul tak

67)apa dia kalau malam dia tidur, kalau siang dia mati??? jawapannya ikan.sebab kalau ikan dah disiang (lapah) matilah dia . yer tak????

68)pada zaman dahulu ada tiga sahabat iaitu:nabi,raja,ali dimana beliau telah terebang menggunakan pesawat ringan buatanya,lalu pesawat berkenaan jatuh dan menletut berkecai.tapi hanya seorang je yang mati siapa? jawapanya;ali lah sebabnya ali mati,nabiwafat manakala raja pula makat itulah ceritanya.ok

69)antara bulan dan bintang mana sayu lagi tua? jawapanya:tang sebab bulan bin tang tang tu bapak bulan kekekekekekekekkekekekekke

70)seorang hamba bertanya kpd raja.”padi di sawah bagaimana?,kayu dibawah istana bagaimana? & tuan nak makan gulai apa hari ini?” dengan selamba raja menjawab,”ketam”.mengapa raja menjawab “ketam” saja? sebab padi perlu diketam,kayu perlu diketam dan raja nak makan gulai ketam…betul tak???

71)DALAM BANYAK-BANYAK BUKU,BUKU APA YANG TIDAK BOLEH DIBACA? NAK TAU JAWAPANNYA? INI DIA TRANG TANG TANG !@#$%^&*BUKU LALI MAK CIK PAK CIK OIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII

72)KALAU TUAN BIJAK , DALAM SATU SAAT TIMBUL DUA KALI, DALAM SATU MINIT DIA HILANG, DALAM SATU JAM DIA TIMBUL SATU KALI. JAWAPANNYA :Huruf A

73)Orang yang buat tak guna , orang yang guna tak tahu. JAWABNYE :Kerandalah

74)Kat tengah-tengah MALAM ada aper??? Jawapannya ialah…… huruf ‘L’lah!.kah!kah!kah! lawak tak???

75)A:(( HUJAN TURUN TITIK”NYA” BERAPA ?)) B:(( TITIK HUJAN BANYAKLAH )) A:(( SALAH )) B:(( KALAU KAU PANDAI BERAPA TITIKNYA ? )) A:(( TITIK “NYA” ADA 3 LAH )) B:(( ITU “NYA” HURUF JAWI BUKANNYA TITIK HUJAN )) A:(( KAN AKU TANYA TITIK”NYA” BUKAN TITIK HUJAN )) B:(( BETUL JUGAK YE ))…bengang

76)antara banyak2 ikan,ikan apa yang paling miskin? jawapangnya”ikan kering”

77)Haaa…..dalam banyak-banyak binatang….binatang aper yang kaki , kepala , hidung , mata dan seluruh badan dia kat kepala…jawapannya ialah kutu…kan dia duduk kat kepala kita..

78)Bila dilepas dia hidup,bila ditangkap mati.jawabnya gasing.

79)ada 10 ekor burung,seorang pemburu menembak 4 ekor burung.berapa yang tinggal?nak tahu jawapannya ker…jeng..jeng..jeng…tinggal hanya 4 ekor ajer lah yang 6 ekor lagi dah terbang.

80)Antara banyak-banyak kereta,kereta apa paling panjang…….jawapannya…kereta jem. 81)Azim:ikan apa selalu kembung perut? Azmi:ikan bawal lah sebab perut ikan itu buncit.Azim:salah jawapannya ialah ikan kembung

82)Antara banyak ikan yang terdapat di sungai, ikan apakah yang paling tua?.Jawapan = ‘Ikan keli kerana ada janggut.

83)Soalan : Jam apa yang terdapat di atas pokok? Jawapan : Jambu

84)banyak banyak pokok,pokok apa yang boleh dimakan dengan daun dan akarnya sekali jawapannya:pokok taugeh 😉

85)dekat dapur ape yang paling besar sekali peti ais salah, meje makan pun salah jawapannye bawang besar

86)besar di Arab,kecil di China..dua pada kakak satu pada adik..ada pada ayam,tiada pada itik..so,what it this? …………………..huruf ‘a’ la………….

87)C/Insp: Rompakan telah berlaku dan pihak bank kerugian RM 1.2 Juta. Sila fikir tuan-tuan nombor pendaftaran kereta yang terlibat. Sgt: Saya tahu tuan nombor pendaftaran kereta tersebut. C/Insp: Apa dia? Sgt: Tadi tuan dah beri tahu: PK 2121(pikir tuan tuan- PK two one two one)

88)anda ada sebuah bakul yang mengandungi 13 biji epal. tiga biji epal telah anda ambil. berapakah biji epal yang anda ada? jawapannya 3lah sebab saya tak tanya berapa biji epal yang tinggal(baki)

89)Banyak banyak buah ,buah apa jantungnya di luar?????siapa dapat teka?jawab,buah pisang la .tak caya tel la saya. byeeeeeeee

90)tiga ekor kambing masuk kandang ,keluar satu tinggal berapa dalam kandang .jawapanya 4 lah bab kambing itu beranak.

91)Dalam banyak-banyak buah,buah apa takde tangkai????? JWPN:BUAH TANGAN LAAAAAAAAA 92)soalannya: Dalam banyak-banyak buah, buah apa bijinya di luar????????? jawapannya : buah gajuslah, betul tak?… bye-bye………….

93)dalam banyak-banyak tahi tahi apa boleh makan? jawapannya ialah TAHI MINYAK LA EELEH!!!!

94)banyak – banyak rumah apa yg takada tingkap tak ada tangga ? jawabnya rumah mayatlah banggang!!!!!

95)antara polis malaysia dengan polis indonesia,yang mana lebih tua?tentulah polis malaysia pasal polis malaysia dipanggil datuk,polis indonesia dipanggil bapak polisi.heheheee lawak kan?

96)ikan apa paling besar di benuajawapannyaikan sepat benua 97)Mata apa yang paling besar? Jawabnya: Matahari

98)Ana.(Soal):Din.Pokok apa yang selalu kita nampak akar atas bukit daun dalam air.Din(jawap):mana ada pokok daun dalam air,kecut kalau dalam air kecuali lumut,tapi akar dia dekat air juga,entah aku.Ana(jawap):Jawapannya Teh laa,Orang tanam dekat bukit jadi akarnya dekat bukitla,Daun orang buat air teh,jadi kena remdam dalam airla.

99)kenapa suparman pakai seluar dalam yang ketat?????jawapan-sebab dia beli saiz “S”

100)antara langit dan bumi benda aper yang berada di tengah jawapannya mestilah ‘dan’ha.. ha.. ha..

101)ada sorang pemburu..dia tembak burung..memula burung kat ranting pokok ada 11 ekor..lepas je pemburu tu tembak…mati le 4 ekor..berapa yg tonggal kat dahan ???? ha..ha..ha…takdela..sebab semua burung lad trobangggg….kui..kui..kui

102)Dalam banyak -banyak tahi, tahi apa yang tak berbau busuk ……? Cuba teka apa…..? Nak tahu ..? TAHI LALAT LA ..

103)Banyak-banyak bunga, bunga apa yang berwarna hitam? jawapannya : bunga tayar sebab semuanya hitam serasi dengan warna aspal ( jalanraya )

Ada 2 ekor cicak di atas dinding, seekor telah di lastik oleh seorang budak lalu terjatuh…… tetapi, kenapa tiba-tiba je, cicak yang seekor tu pulak jatuh????? Sebab dia bertepuk tangan, lalu terjatuh lah kerana tak melekat kat dinding tu lagi…

adik tengok buaya berdiri ke merangkak? tentulah merangkak. kesiannya adik kena merangkak nak tengok buaya…. ???????? Ali: Ada satu Siti ni, banyak betul duit dia. cuba ko teka? Abu: Ala…Siti Nurhaliza. Ali: Salah. Abu: Abis tu sapa? Ali: Citibank.

Lumrah hidup, masa perlu tiada siapa disisi, masa kau perlu tiada siapa disisi, masa engkau sedih tiada org prihatin, masa engkau jatuh tiada siapa tolong tapi bila engkau kentut(buang angin) semua orang pandang.

 Kojek : Kajol..U selalu isi minyak kat mane.? Kajol : Dekat Petronas, kenape.? Kojek : Bukan kat tangki ke.?*hehehe* Kajol : **&%&(*(?>#!..

kenapa kayu balak kena ditebang hah,,,,,,, sebab dia tak boleh dicabut, kalau boleh takyah tebanglah kan.

“Kenapa Superman pakai baju ketat??? Jawapanya : Sebabnya dia pakai baju sais “S” Ha…ha….ha lawak tak……

mengapakah penumpang teksi tidak membayar duit dahulu jawapan:kerana duit dahulu manalah laku

Ahmad, Abu dan Atan berpayung di bawah satu payung yang sangat kecil. Tapi mengapa mereka tak basah? Jawapan: Sebab hari tak hujan

dalam banyak banyak bunga…bunga ape warna hitam….bunga tayar…kuikui

DALAM BADAN ARNAB ADA BERAPA BULU.JAWAPANNYA IALAH TIADA BULU LAH.SEBAB DALAM BADAN ARNAB MANA ADA BULU.

1)satu hari anak murid saya datang sekolah sambil nangis. dia kata ” kucing saya mati lepaih saya basuh dia cikgu” tanya saya ” teruk sangat ka hang basuh kucing tu?” dia jawab ” Takdak la cikgu cuma saya masukkan dia dalam mesin basuh saja” .

2)ada seorang bapa tengah menyemak kad laporan anaknya dia berkata ” kenapa semua merah sangat!!!? anaknya menjawab agaknya dakwat pen biru cikgu dah habis”.(sambil merotan)bapaknya berkata”kau loyar buruk….yeee..!!!!!1

3)pengalaman saya semasa mengajar di sebuah sekolah menengah. pergaduhan antara dua pelajar Murid A: Bapak kau tu mengandung 10 tahun tak beranak-ranak Murud: Sudahlah, bapak kau tu umur dah 40 tahun tapi rambut tak tumbuh-tumbuh

4)..anak pertama nama ros sebab waktu mengandungkan dia , tangan tertusuk durinya, anak kedua nama cempaka , sebab waktu mengandungkan dia kena hempap dik daunnya. anak ke tiga nama nya Mat dahan…teka lah sebab nya..sebab nya waktu mengandungkan dia .. saya kena hempap dik dahan..

5)mahfuz sedang menutup sebuah lubang di halamannya. fadil, jirannya kehairanan dan bertanya, “hang dok buat apa, mahfuz?”. “Ikan masku mati,” sahut mahfuz, sedih, ” aku baru tanam”. “Tapi kan, lubang itu terlalu besar untuk seekor ikan mas?” kata fadil mahfuz bangun dan berkata, “…ikanku ada di dalam perut kucingmu.”

6)”Sedang ngapain kamu, Wan ?” “Sedang melukis kuda makan rumput.” “Mana rumputnya ? Kok tidak kelihatan ?” “Sudah dimakan kuda.” “Loh, kudanya mana ?” “Sudah pergi ! Untuk apa lagi dia di sini, kalau rumputnya sudah habis !”

7)Satu kemalangan berlaku. Polis : Awak nampak no. kereta tersebut? Saksi: Nampak tok, nam pat tuju nam. Polis: Saya tahu kereta tu terjunam tapi berape nombonye ??? Saksi: Nam pat tuju nam lah…..nombo kereta tu 6476. Polis: Ooooo…. Lawak dak….

8)Ada 3 sekawan sedang merantau.Mereka adalah Gaduh,Gila dan Otak.Sedang berjalan2,Gaduh hendak membuang air dan menyuruh rakan2 meneruskan perjalan.Setelah lama menuggu,Otak dan Gila mengambil keputusan untuk melapor kehilangan gaduh dibalai polis.Gila:”Cik,kami datang nak cari gaduh!”Polis:”Awak gila ke ?”Otak:”Memang kawan saya ni gila”Polis:”Awak tak ada otak ke?”Otak:”Sayalah otak”

9)Mengapakah pada kebiasaannya tayar belakang kenderaan lebih cepat botak daripada tayar dapan kenderaan ??? Nak tau..ke…? Ni…ha.., Tayar belakang cepat botak kerana ia asyik berfikir macamana hendak potong tayar hadapan…! Betul kan….!!!

10)Ali: Man, Man, kau tengok monyet kat zoo, bergayut ke bergayut-gayut ??? Man: Tentulah bergayut-gayut…Ali: Apalah kau ni, tengok monyet sampai bergayut-gayut…..ha..ha…ha…

11)Ada dua orang yg. bernama Gila dan Otak mencari rakan mereka yang hilang.Mereka pergi ke balai polis untuk membuat laporan.Gila masuk manakala Otak menuggu di luar. Polis:boleh saya bantu? Gila:saya nak cari Gaduh. Polis:awak ada otak tak? Gila:ada,kat luar. Polis:awak gila ke? Gila:saya memang gila.

12)Sedang Ali bersarapan nasi lemak telur. Adik : Abang, ini ada berita hangat . Ali : Apa dia ? Adik : Telur tak boleh makan. Ali : Kenapa ? Ada wabak ke ? Adik : Memanglah telur tak boleh makan sebab telur tak ada mulut.

13)Sebuah kereta rosak di hadapan Taman Bahagia, Tg. Rambutan. Pemandu: Cik, boleh tolong, kereta YB rosak…Pengawal keselamatan taman bahagia: Eleh….mengaku YB, sini yang mengaku Presiden pun ada tau….

14)kenaper jalan raya semakin sesak jawapannya banyak binatang dah kelaur ke jalan spt rusa.kancil.kelisa

15)KAT PASAR MALAM , ADA SEORANG PENIAGA CINA MENJUAL JAM.”INI JAM MANYAK BAGUS WOO, BARU WAA.. BARU WA..”,KATA CINA ITU KPD SEORANG LELAKI. TIBA TIBA LELAKI ITU MEMUKUL CINA ITU DGN TERUK. RUPA-RUPANYA LELAKI ITU MENYANGKA CINA ITU MENGGELARNYA BARUA, SEDANGKAN CINA ITU BERMAKSUD JAM ITU “BARU LA”. HA.HA..HAA..BARUA..BARUA..BARUA!

16)Guru:KENAPA MENANGIS. Atan:DUIT SAYA HILANG.. Guru:BERAPA BANYAK YANG HILANG TU. Atan: 20 SEN CIKGU.. Guru: SUDAH JANGAN MENANGIS, AMBIL 20 SEN NI. Atan: MENANGIS SEMAKIN KUAT. Guru: KAN DUIT YG HILANG TU CIUKGU DAH GANTI, KENAPA MENANGIS LAGI. Atan: KALAU DUIT SAYA TAK HILANG TADI, TENTU DAH JADI 40 SEN SEKARANG.. Guru: ?????

17)Apa kata kita berpantun kali ini? NAIK KEBUKIT LONGKING MELIHAT PADI DIMAKAN GAGAK MANA HATI TAK RONGSING ORANG BERSUAMI AWAK TIDAK.. batang selasih ubi kayu…terima kasih, thank you!

18)Hidup segan mati di tanam Lembu punya susu cap teko dapat nama hendak seribu daya, tak hendak tak apa Membujur lalu melintang pukang Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!

19)Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah. Biar lambat asalkan tak cepat. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggal dunia…..

20)Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan Tiada rotan, pelempang berguna juga Biar lambat asalkan tak cepat Biar putih tulang, jangan kuning gigi Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar Alang-alang mandi biar guna sabun Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang…. bisu

21)PAdik: Kak, kak, kenape orang menembak, tutup sebelah mate? Kakak: Kalau die tutup dua-dua belah matenye, macamane die nak tembak….Adik: Betul jugak ye….

22)Adik: Kak, kak, ular kat zoo tu, kak tengok menjalar ke berdiri ??? Kakak: Tentulah berdiri… Adik: Ape??? kak tengok ular berdiri, ade ke ular berdiri, setahu adik ular menjalar…Kakak: (dalam hati, geram) sengaja nak kenakan aku lah tu…..

23)Seorang badwi naik kapalterbang nak gi singapore.dia duduk di First class sedangkan tiketnya ekonomy class.jenuhlah pramugari suruh dia beralih. tetiba datang pilot bisik sesuatu terus berlari dia ke kelas ekonomi. Nak tau pilot tu kata apa? yang depan nie pergi perancis.yang belakang tu ke singapore.

24)cam nie..amoi tambah amoi sama dengan dua amoi.dua amoi tamah satu amoi sama dengan tiga amoi.betul tak? kalau tiga amoi tolak satu apek?apa jawapannya.haiya..manyak senang wa…apek terjatuhlah.kalau tidak pecaya ah,pegi tanya itu apek,ok!

25)Para jemaah bersedia menunaikan solat Subuh. kehadiran Imam dinantikan tidak tiba.Jemaah masing2 menyuruh sesama sendiri menjadi imam.selesai solat, seorang jemaah memuji imam yang mengimamkan solat Subuh “boleh tahan bacaan kau tadi” jawab imam tadi “itupun belum ambil air sembahyang lagi.kalau sudah ambil air sembahyang mungkin bacaan lebih sedap”.

26)ibu :amin,jangan hisap jari nanti perut buncit. amin:Ibu,kenapa perut ibu buncit?ibu hisap jari ye?

27)sepasang suami isteri sedang bergaduh dalam satu perjalanan untuk pulang di kampung. di pertengahan jalan, si isteri terlihat sekumpulan kerbau sedang berkubang lalu berkata, “haa, ada jugak saudara awak kat sini yer” si suami mengerling kawanan kerbau berkenaan dan selamba menjawab, “ha’ah, ipar-ipar saya”

28)Mimi: Mak, mak ni dah kawin ke belum? Mak: Dah. Mimi: Betul ke nii… Mak: Betul. Kejap Mak pegi ambik gambar masa mak kawin dulu. Mimi menatap album gambar tu dengan khusyuk. Mimi: Jahat mak ni. Kenapa mak tak ajak Mimi makan kenduri masa mak kawin tu. Kesian Mimi. (Merajuk)..

Kisah Seram Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari Khamis petang Jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 1.00 malam, diapun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja… Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?” “Abang… tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??” Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu… “Oklah. Sayapun nak ke Seremban jugak.” Terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was…Dia pun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan di sebelahnya.Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup jugak hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni…seorang diri pulak tu… Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba…dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi.Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk. Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh ke arah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya….Dia pun beranikan diri dan bertanya. “Kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??” “Ni memang pakaian rasmi saya setiap malam Jumaat…saya ada kelas yasin…” jawab perempuan tu. “Tapi..putihnya lain macam aje…tak pernah pulak saya tengok” tanya lelaki tu lagi. “Apa yang lain nya…sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??” “Eyea…lain macam aje. Seram pulak saya dibuatnya…” “Ehh takkan sampai seram…??? Pakai aje le Breeze colour baru!!!'” Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya.

TELUR REBUS PUNYA PASAL.. ******************************************************* Aku ada cerita ni… lawak la juga.. tapi jangan ketawa tau… Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni..sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah.. Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu… ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap, dia ada ‘surprise’ untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan ‘surprise’ isteriku ini. Aku pun tahan ler… Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya… bau boleh tahan… maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi… Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PRROOTTT!!… fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia… aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia… adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi… hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu… PRRROOOOOTTT!!!!… fuhh lega… bergegar sikit meja makan dibuatnya… peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut ‘ahhhh…. lega…’. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata ‘SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!’ dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le… camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong… ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah aku pun ada!!.

copy paste..

http://salimiazhary.blogspot.com/2010/07/lawak-teka-teki.html

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top