Sekian lama menghilangkan diri, akhirnya Datuk Siti Nurhaliza membiarkan rahsianya didedahkan malam ini.Ikuti sidang media khas ini bersama Datuk Siti Nurhaliza. Tahniah buat datuk siti mengandung sudah 4 bulan.
KUALA LUMPUR: Sah! Penyanyi Nombor Satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin hamil.
Pengesahan itu dibuat di kediaman beliau di Ampang, Selangor malam tadi. Menurut Siti, kandungan beliau sudah berusia empat bulan. Berita baik tersebut dikongsi oleh Siti selepas majlis kesyukuran dan doa selamat yang diadakan secara tertutup di kediamannya yang dikongsi bersama suami tersayang, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan beberapa orang anak mereka. [Read more…]