Terbaru adaptasi novel karya Immaz Huda, drama Gaduh-Gaduh Sayang yang bersiaran di Slot Widuri TV1 setiap Sabtu dan Ahad jam 7 malam. Drama ini terbitan Medyavizyon Sdn Bhd dan arahan pengarah Feroz Kader.
Senarai pelakon.
Shukri Yahya, Nur Risteena, Riz Amin, Zarynn Min, Shima Anuar, Moer Mohd, Kenji Sawahi, Fazlina Hj. Ahmad Daud, Abdul Manan Hj. Sulaiman, Hashimah Muhamad Zaki, Meor Mohd, Adrian Edy.
Mengisahkan Lady Lee Syazana yang baru pulang ke Malaysia setelah tamat pembelajaran perubatan di Jakarta, dan kepulangannya tidak diketahui kedua ibu bapanya. Yang tahu hanya setiausaha bapanya, Mira. Syazana mahu berehat seketika sebelum memberitahu orang yang dia sebenarnya sudah pulang. Apabila Mira melihat Syazana, dia sedikit terkejut, kerana kali terakhir dia berjumpa dengan Syazana dulu, Syazana adalah seorang yang gemuk dan tidak menarik [Read more…]