Konsert BIG STAGE telah melabuhkan tirainya minggu lepas, Sarah Suhairi menjadi juara edisi 2018. Pada hari Ahad ini, 30 September adalah hari permulaan untuk episod terbaru pertarungan vokal untuk peserta GEGAR VAGANZA musim ke-5. Untuk musim ini, GV5 sudah bertukar lokasi iaitu di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam di mana lokasi yang sama dengan BIG STAGE.
Pertandingan nyanyian popular yang ditunggu-tunggu peminat ini sekali lagi akan menjadi fenomena dan videonya akan sentiasa trending setiap minggu. Itu tak dikira dengan kontroversi yang akan dicungkil sebagai bahan berita. Hos seperti biasa, Jihan muse dan Nabil Ahmad yang akan menceriakan pentas Gegar Vaganza kali ini. Kalau tahun lepas, Jihan gendong baby dalam perut lagi, tahun ini dia berkembang pulak dah tak boleh nak kurus.
Pastinya, para peminat seni hiburan tanah air sudah tidak sabar lagi untuk menantikan pentas ‘Gegar Vaganza’ musim kelima atau ‘GV5’ dibuka secara rasminya untuk menyaksikan gegaran bintang kembali menyengat. [Read more…]