Tayang Badan Ketika Catwalk, Netizen Gelar Nazim Othman Duda Hot

Acara Kuala Lumpur Fashion Week 2018 (KLFW2018) sedang rancak berlangsung di ibu negara. Membuka tirai pada Rabu lalu, KLFW2018 menampilkan barisan pereka fesyen tempatan yang mempersembahkan kehebatan rekaan masing-masing. Selebriti juga tidak terkecuali dalam memeriahkan pentas KLFW2018. Pelakon Nazim Othman turut terlibat dalam menggayakan koleksi jenama Atelier FITTON yang berlangsung pada malam tadi.