Luruhnya Bunga Cinta merupakan adaptasi daripada drama Korea ‘Autumn In My Heart’ bakal menampilkan Redza Rosli dan Tracie Sinidol sebagai pelakon utama. Drama terbitan Global Station ini diarahkan oleh Riza Baharudin. Luruhnya Bunga Cinta bakal menghiasi slot Akasia TV3, bermula 19 September 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam atau strim di platform penstriman iQIYI bermula jam 8 malam.