Perlawanan yang ke 5 dalam saingan kelayakan piala dunia 2022 dan asia 2023. Perjalanan masih terlalu jauh dan terlalu sukar untuk pasukan ini untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Untuk rekod kita sudah tewas dua kali, menang pun dua kali. Menduduki tangga ke 4 dari 5 pasukan. Namun peluang masih terbuka sebenarnya. Dengan syarat tiada lagi kekalahan dicatatkan dan seri sekurang-kurangnya satu perlawanan. Belum tahu keadaan semasa dan keputusan perlawanan yang lain.
KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN G :
- VIETNAM 10 MATA
- THAILAND 7 MATA
- UAE 6 MATA
- MALAYSIA 6 MATA
- INDONESIA 0 MATA