Membawa misi yang sangat besar dalam kempen kelayakan piala asia 2023. Bertemu dengan pasukan yang lebih kuat dan jauh lebih baik rankingnya seperti Bahrain bukanlah lawan yang mudah. Apatah lagi kita tak pernah menang lawan dengan pasukan Bahrain sejak 40 tahun. Rekod pertemuan semua kita kalah dan satu sahaja seri 1-1. Yang lain semua hauk dibuatnya.
Adakah malam ini akan tercipta sejarah yang baru dalam kejohanan malam ini. Yela kita tak dapat mara ke pusingan ketiga dalam saingan kelayakan piala dunia apabila hanya menghuni tempat ketiga, dibawah vietnam dan UAE dalam kumpulan C yang lepas tuh. Kali ini kita cuba untuk bangkit semula setelah pasukan harimau ini terjerumus ke lembah hina. Kalah dengan vietnam aku boleh terima lagi. Kalah dengan team mendonia 1-4 beb. Malu wei. Mana nak letak air muka kita nih dengan pendekar pahlawan keyboard diaorang. [Read more…]