Menganggap lelaki Melayu pandai membuat lawak, penyanyi Elizabeth Tan tidak menolak kemungkinan akan menerima cintanya. Nampaknya elizabeth tan dah bagi hint sebenarnya dia dah ada bf kot, melayu lah kot. Huhu.
“Saya suka lelaki Melayu sebab biasanya mereka pandai buat lawak, mereka ‘macho’ dan yang saya tahu mereka baik hati dan tidak pentingkan diri sendiri,” katanya.
“Ciri-ciri lelaki idaman saya, lelaki itu mesti kena lebih tinggi daripada saya, rajin bekerja, jujur dan baik hati.”
Meskipun sering anak kelahiran Hulu Kelang ini didekati lelaki Melayu berbanding bangsa lain, namun tiada artis kaum itu yang cuba memikatnya.
“Dulu yang minat saya semua Melayu, sewaktu di sekolah menengah dan sampai sekarang,” kata penyanyi “Setia” kepada ProjekMMO baru-baru ini.
“Sekarang ini memang adalah lelaki [memikat] tetapi artis Melayu memang tiada.”
Mengakui suka perwatakan pelawak Zizan Razak, gadis berusia 23 tahun ini selesa apabila bergandingan bersamanya, bekas teman lelaki pelakon Emma Maembong.
Model tinggi lampai itu mulai berkenalan dengan pelakon utama “Polis Evo” itu selepas dilantik bersama menjadi duta pasar dalam talian 11Street.
Baru-baru ini, Elizabeth bergandingan sekali lagi dengan Zizan dalam program realiti “Diari AF” dan mereka berdua dilihat serasi bersama.
Namun gadis manis ini, yang mesra membahasakan dirinya Lizzie sahaja, berkata hubungannya dengan Zizan tidak lebih daripada rakan dalam industri seni.
“Setiap kali bila Zizan ada, bila saya kena kerja dengan Zizan, Lizzie macam lega hati sikit, sebab Lizzie tidak rasa janggal.