Skim perumahan smart sewa 

skim smart sewa selangor

INFO SUDAH TAHU MENGENAI ‘SMART-SEWA’ DIBAWAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR?

Skim perumahan Smart-Sewa diperluas khususnya untuk millenials berpendapatan bawah RM5,000 sebulan. DIjangka lebih banyak rumah Smart-Sewa pada 2018 dengan peruntukan tambahan RM50 juta dalam Belanjawan Negeri Selangor 2020.

Kadar sewa antara RM550-RM650 sebulan. Tempoh sewa maksima 5 tahun. 30% daripada jumlah sewa itu akan dipulangkan sebagai deposit pembelian Rumah Selangorku. Smart Sewa bantu rakyat sukar dapat pembiayaan bank merealisasikan impian memiliki rumah sendiri.

Syarat – syarat kelayakan permohonan :-

  1. Warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon;
  2. Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan;
  3. Pendapatan seisi keluarga iaitu;
    • i. tidak melebihi RM5,000.00 sebulan dan ke bawah bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah;
    • ii. tidak melebihi RM15,000.00 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C & D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah;
  4. Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor;
  5. Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (di beri keutamaan); atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja;
  6. Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor.

Tempoh penyewaan :

  • Maksimum 5 tahun
  • Minimum 2 tahun

Sebarang pertanyaan hubungi 019 333 0976 / 017 416 3990 / 03 5524 0233

Muat turun borang permohonan di http://phssb.com/borang/

Atau boleh diambil di pejabat kami di

Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Info lanjut : http://phssb.com/skim-smart-sewa/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top