Sinopsis review filem Imaginur,Beto Kusyairy ft Diana Danielle

imaginur poster

 

Sejak Imaginur ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia pada 23 Februari 2023 yang lepas , filem ini rata-rata mendapat respons yang cukup baik daripada ramai warga nitizen yang menontonnya. Filem ini disutradai oleh Nik Amir Mustapha, pengarah bagi filem KIL (2013) dan Terbaik dari Langit (2014), Imaginur dikatakan membawa mesej serta aura yang berbeza berbanding filem tempatan sedia ada.

Menurut Nik Amir Mustapha, beliau terinsipirasi dari masyarakat dan berhasrat untuk hasilkan sebuah snapshot kehidupan orang Malaysia yang bertemakan cinta dan keluarga yang dipakej bersama elemen hipnosis.

“Sebenarnya, idea untuk hasilkan filem ini sudah ada sejak sebelum saya mengarahkan filem pertama iaitu KIL. Akhirnya saya berganding dengan Redza Minhat untuk menulis sebuah filem bertema cinta, hipnosis dan kehidupan.” ulas Nik Amir.

Nik Amir juga kreatif dalam menghasilkan sebuah dunia imaginasi sambil bermain dengan ruang dan waktu serta garis halus antara mimpi dan realiti.

Sinopsis Filem Imaginur

Filem bergenre cinta Sci-Fi ini mengisahkan Zuhal (beto kusyairy) yang mengalami panic attack. Jadi, dia cuba minta bantuan dengan pergi ke satu pusat rawatan hipnosis namun pelbagai kejadian pelik berlaku setelah itu sehinggakan dia tidak dapat membezakan antara fantasi atau realiti.

Pada masa yang sama, seorang wanita misteri turut muncul dalam bayangannya. Siapakah wanita misteri itu dan apakah yang bakal terjadi pada Zuhal?

Kalau nak tahu, anda kenalah tonton sendiri di pawagam terdekat!

Jalan cerita Imaginur yang disusun dengan begitu cantik meskipun agak kompleks membuatkan durasi 1 jam 30 min tidak terasa.

Selain jalan ceritanya yang menarik, visual sinematik filem ini yang sangat cantik membuatkan Imaginur sebagai sebuah filem yang wajib anda tonton di pawagam.

Pujian turut diberikan kepada pelakon utama filem ini iaitu Beto Kusyairy dan Diana Danielle atas lakonan serta chemistry yang berkesan di hati penonton sehingga boleh menitiskan air mata!

Penonton turut hargai isu penjagaan pesakit Alzheimer yang dibawakan dalam filem Imaginur ini memandangkan ia begitu jarang diketengahkan dalam mana-mana filem lokal.

Imaginur juga menjadi bualan hangat warganet ketika ini kerana ia dikatakan sebagai satu karya yang berjaya bermain dengan emosi penonton dan berbeza berbanding filem tempatan sedia ada.

Barisan Pelakon Filem Imaginur

Watak Pelakon
Zuhal Beto Kusyairy
Nur Diana Danielle
Dr Ramli Dato’ Afdlin Shauki
Isma Nadiya Nisaa
Bapa Zuhal Mior Hashim Manaf
Yazmin Ruzana Ibrahim
Haikal Pekin Ibrahim

Review

Melihatkan pelbagai reaksi positif dan sambutan hangat daripada kebanyakan warganet, alamatnya memang rugi jika anda tak tonton dan alami sendiri dunia Imaginur.

Bagi yang masih belum menyaksikan filem ini, jangan lupa untuk menontonnya di pawagam kegemaran anda.

Sebelum itu, anda boleh tonton trailer rasmi filem ini di bawah :

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top