Sinopsis penuh filem Gadis Jolobu The Movie

gadis jolobu the movie

Merupakan sebuah filem komedi romantik Malaysia 2022 arahan CL Hor dengan skrip oleh Hor dan Bobo Ikmal terbitan bersama Tremendous Entertainment dan Zebra Studio. Dibintangi oleh Datuk Hattan, Joey Daud, Khir Rahman dan Ahirine Ahirudin, filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 4 Ogos 2022,sudah bermula minggu lepas. 

Panas pulak minggu ini ,apabila seorang youtuber mulut puaka, Zhaflog yang membuat review tentang filem ini dan bakal disaman kerana mengkritik filem ini dengan bahasa yang akan kurang sopan barangkali.

Sinopsis Gadis Jolobu The Movie.

Mengetengahkan dialeg Nogori Sembilan , filem ini mengisahkan tentang 3 bujang terlajak yang sangat rapat sejak kecil, dalam usaha untuk mencari jodoh masing-masing di kampung halaman mereka. Sumpahan “Lambat Sunat, Lambatlah Kahwin” sering bermain difikiran membuatkan mereka berusaha untuk mencari jodoh mereka walaupun menghadapi pelbagai dugaan.

Filem ini juga mengetengahkan beberapa elemen “adat pepatih” dan keunikan budaya Minangkabau masyarakat setempat di Negeri Sembilan.

 

Senarai pelakon dan watak.

  • Hattan sebagai Atan
  • Joey Daud sebagai Ajoi
  • Khir Rahman sebagai Acong
  • Ahirine Ahirudin sebagai Jijah

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top