Sebuah Filem komedi seram terbitan Astro Shaw, Don Dukun yang dijangka bakal penonton tahun hadapan (2023) atau hujung tahun ini , di pawagam seluruh tanah air. Don Dukun ini diarahkan oleh Waan Hafiz dan skrip oleh Junad M.Noor bersama Amin Shakib. Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy, Marsha Milan, Ropie, Dato Yusof Haslam, Sharifah Aryana dan ramai lagi.
Don Dukun
Tarikh Tayangan: 2023
Penulis Skrip: Junad M.Noor & Amin Shakib
Pengarah: Waan Hafiz
Produksi: Astro Shaw Sdn Bhd
Pelakon: Zul Ariffin, Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy, Marsha Milan, Ropie, Dato Yusof Haslam, Sharifah Aryana, Sharifah Husna, Serra Kamal, Aloy Paradoks, A Galak, Puteri Qaseh, Cassia Iman.
Pengalaman Zul ariffin Shooting Filem ini.
Saya sendiri tertanya-tanya, apa yang membuatkan saya gemuruh. Mungkin ada sedikit tekanan sebab saya nak berikan yang terbaik dan pada masa sama, ada ketikanya kepenatan.
“Jadi, selalunya saya akan duduk sekejap, kumpul semula tenaga dan teruskan dengan penggambaran,” katanya.
Dalam filem arahan pengarah Waan Hafiz itu, Zul memegang watak sebagai Don Arif dan filem ini turut membariskan barisan pelakon hebat antaranya Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy, Marsha Milan, Ropie, Datuk Yusof Haslam, Sharifah Aryana, Sharifah Husna, Serra Kamal dan ramai lagi. Penggambaran filem ini dijalankan di Kuala Lumpur dan Kelantan dengan tempoh keseluruhan 22 hari.
Sinopsis Don Dukun.
Mengisahkan tentang Don Arif (Zul Ariffin) yang merupakan bomoh luar biasa dan berasal daripada keturunan bomoh terkenal.
Sebagai ‘influencer’ media sosial, dia sering memikirkan cara baru untuk meraih populariti. Dengan bantuan Jaafar, penolong kanannya, mereka berjaya ‘menyembuhkan’ seorang wanita yang dirasuk semasa Konvensyen Bomoh sedang berlaku.
Upacara itu kemudiannya menjadi viral dan sejak peristiwa itu Don Arif semakin terkenal. Maka bermulalah perjalanan baru kehidupannya dengan mendapat permintaan tinggi untuk menggunakan khidmatnya.