
TARIKH TAYANGAN : 31 Oktober 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 7.00 malam
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Mufid & NextScene Team
PENULIS NOVEL : Danisyarahmat
PENGARAH : Zul Huzaimy Marzuki
TERBITAN : A. Aida Production Sdn Bhd
Puteri Aishah sebagai Nurin Kamila
Syazuwan Hassan sebagai Aiman/Rashdan
Julia Farhana Marin sebagai Andrea
Natasya Mahyan sebagai Yani
Liza Abdullah sebagai Puan Sri Khalida
Hafidzuddin Fazil sebagai Tan Sri Hisyam
Dilla Ahmad sebagai Zaimah
Jaja Iliyes sebagai Shira
Hafiz Nolan sebgai Airel
Ariff Aziz sebagai Mokhtar
Adiba Yunus sebagai Liza HR
Ennie Sulastri sebagai Shima
Fad Anuar sebagai Murad
LAGU TEMA / OST LELAKI ITU PEMILIK HATIKU
Wany Hasrita – Menahan Rindu
Syamel & Zakri – Aku Cinta
Haqiem Rusli – Tergantung Sepi
Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini ini merupakan peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang merupakan calon menantu pilihan orang tuanya.
Luke jatuh hati terhadap Nurin Karmila, gadis yang bekerja disebuah kedai cenderamata. Luke menyahut cabaran Andrea dengan menetapkan syarat jika dia berjaya memikat hati gadis tersebut, Andrea akan tinggalkannya sebaliknya dia perlu mengahwini Andrea seperti diaturkan oleh ibu kedua-dua pihak.
Pada mulanya, Luqman menganggap bahawa mudah sahaja baginya untuk memikat Nurin Karmila yang berasal dari kampung itu. Ternyata anggapannya itu salah. Nurin Karmila paling ‘pantang’ berkawan dengan lelaki kaya, apatah lagi bercinta dengan lelaki seperti itu.
Maka kaedah daripada rakannya, Mokhtar diguna pakai. Kaedah pertama Gold and diamond, Kaedah kedua Hugs and Kisses, Kaedah ketiga Sleep tight. Tapi syaratnya tak boleh dipraktikkan sekaligus. Kerana gelojohnya untuk menang dalam pertaruhan, Luke praktiskan terus kaedah ketiga.
Semakin Nurin Karmila membenci, semakin sayang Luqman padanya. Sayangnya, hati Nurin Karmila sudah terpaut dengan Aiman (Syazuwan Hassan), iaitu lelaki yang pernah menyelamatkan dia dari nafsu Luqman dahulu. Pada saat Luqman pasrah dengan jodoh yang tidak kesampaian, tiba-tiba takdir menyebelahinya pula.
Dapatkah Si Hot Guy memiliki hati cik adik sayang untuk dirinya selamanya? Cliche cerita nih. Huhu..