Sinopsis penuh drama ketupat terakhir

ketupat terakhir,
Jangan lupa untuk saksikan telefilem khas aidilfitri berjudul Ketupat Terakhir jam  di TV3 nanti dah nak raya tuh untuk tahun ini punya pun ada beb. Lakonan dari pelakon otai-otai seperti Azhan Rani, Nabila Huda, Fauziah Nawi dan ramai lagi.
 
JUDUL : KETUPAT TERAKHIR
TARIKH / MASA : Sabtu, 9 Julai 2016, 5.00 petang
SIARAN : TV3
PENGARAH : Rashid Sibir
TERBITAN : Rashbir Media Sdn Bhd
PELAKON : Azhan Rani, Nabila Huda, Fauziah Nawi, Norlia Ghani, Haeryanto Hasan, Sheera Iskandar, Wan Sharmila

SINOPSIS KETUPAT TERAKHIR
Mak Nen sentiasa mengingati saat-saat bahagia dia bersama satu-satunya anak tunggalnya, Rahim. Namun setelah berkahwin, sikap Rahim mula berubah. Mak Nen nekad tahun ini dia mahu beraya dengan Rahim. Bila dah kaya, dia dah berubah. Ikut cakap bininya jer tuh. Masa maknya pergi ke rumah rahim, macam-macam isterinya cakap belakang depan direct pun ada dekat mak dia. Mak tetap no1. Jangan kita belakangkan dia. Penulis rasa bersalah, bila tengok macam ini ker layan mak mertua dekat rumah kita. Tak patut betul.
rahim dah janji nak balik raya tahun ini. Punyalah eksaited mak nen masak ketupat, rendang itulah inilah demi menyambut anak tunggal kesayangganya. Tapi itulah tak balik jugak. Pada malam raya, Rahim dan isterinya, Dira akan berangkat ke Paris. Dengan pertolongan Wahid anak muda yang selalu membantunya, Mak Nen telah pergi ke KL dengan menaiki kereta lama Wahid. Orang gaji memberitahu yang mereka telah pergi keluar negara. Hancur hati Mak Nen.
Dia membawa ketupat dan Wahid mengajak Mak Nen pulang semula ke kampung. Rahim pula telah bertengkar dengan Dira di tepi jalan hampir ke KLIA. Dia rasa berdosa pada ibunya dan mahu kali ini bertemu dengan ibunya.
Sepanjang jalan pulang Rahim mengingati semua kesilapannya dan betapa derhakanya pada ibu yang terlalu menyayanginya. Adakah Rahim berjaya bertemu dengan ibunya?
Dia dapat berjumpa dengan ibunya buat kali terakhir, masa last tuh terlanggar pulak dengan lory , masa mak dia on the way nak kerumah rahim anaknya. Dengan membawa ketupat kegemaran rahim. Sangat menyentuh emosi masa last tuh. Sebab itulah dinamakan tajuknya ketupat terakhir, ketupat yang dibawa oleh ibunya itulah ketupat terakhir. Huhu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top