Sinopsis penuh Drama Duda Pujaan Dara astro

duda pujaan dara,

Sinopsis Drama Duda Pujaan Dara- Kamal Adli Dan Zahira Macwilson

Selepas drama my darling inspektor daniel habis, so lepas ini adalah drama baru drama bersiri terbaru adaptasi daripada novel Duda Pujaan Dara karya Hanny Esandra yang akan mengisi slot Mega Drama di saluran Astro Ria (123). Drama ini dibintangi oleh pelakon seperti Kamal Adli, Zahirah Macwilson dan Aprena Manrose.

Drama ini adalah terbitan produksi Suhan Movies & Trading dan telah diarahkan oleh pengarah terkenal Jamal Khan. Akan menemui penonton pada 4 September ini (malam nanti). Akan mula bersiaran, setiap hari Isnin- Khamis, jam 10.00 malam.

SINOPSIS DRAMA DUDA PUJAAN DARA

Si dara yang amat bercita-cita mahukan si duda. Katanya duda banyak pengalaman. Pelik-pelik sahaja impian si Ainee Marwah.

Lalu, Ainee Marwah (Zahira Macwilson) telah  bertemu dengan Tengku Razeen ( Kamal Adli). Si duda yang mempunyai anak satu. Dia merupakan bos di tempat kerja Ainee Marwah. Seorang lelaki yang sudah kematian isteri dan hanya mahu mencari pengganti demi anak tercinta, Tengku Rafanda.

Sikap Ainee Marwah yang gedik mahukan duda mana boleh ditahan-tahan lagi. Maka, dia merancang bermacam-macam cara dan helah untuk pikat si duda pujaan. Senyum sudah, langgar bahu sudah, main mata sudah, malah jatuh tergolek pun Ainee Marwah sanggup lakukan demi mahu menarik perhatian Tengku Razeen.

Usaha bagai nak rak, tetapi lelaki itu tetap kaku macam paku. Muka ketat pakai skru. Lagi yang buat Ainee Marwah sakit hati, Tengku Razeen boleh pula cair hati  apabila bersama dengan Dora yang Ainee Marwah gelar Doraemon!

“Botol kicap, botol cuka. Saya ni bermimpi ke?” – Ainee Marwah

READ
Sinopsis drama ramadhan ini milik siapa tv9

“Kain sutera, kain guni. Saya tanya betul-betul ni.” – Tengku Razeen

Rasa mahu berhenti jantung Ainee Marwah apabila Tengku Razeen tiba-tiba melamarnya. Bercinta dengan Dora, tapi dia yang dilamar. Fuh! Mencabar rupa-rupanya berkahwin dengan lelaki yang bergelar duda.

Ikan kembung, ikan yu. I love you… – Ainee Marwah

Pengkalan Batu, Pengkalan Chepa. I love you tu apa? – Tengku Razeen

Sakitnya hati apabila suami tidak romantik. Tetapi, Ainee Marwah tidak berputus asa. Kalau sebelum kahwin dia sudah nakal, selepas berkahwin bertambah-tambah nakal. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk beli hati Tengku Razeen.

TAJUK : DUDA PUJAAN DARA 

TARIKH  & MASA : 04 September 2017

SIARAN : Astro Ria 104 & HD 123

PENULIS NOVEL : Hanny Esandra

PENGARAH : Jamal Khan

TERBITAN : Suhan Movies & Trading

PARA PELAKON : Kamal Adli, Zahirah Macwilson, Aprena Manrose, Isyariana, Nazierah Amin, Rania, Syafiq M. Nazri

 WATAK-WATAK PELAKON 

  • Kamal Adli sebagai ‘Tengku Razeen’
  • Zahirah Macwilson  sebagai ‘Marwah’
  • Aprena Manrose sebagai ‘Dora’

Sejauh mana kehebatan cerita ini? kita pun tak tahu macam mana, siapa yang sudah baca novel ini sudah pastinya tahu selok belok cerita ini. Jangan lupa malam ini jam 10 malam di astro.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: