
Pada satu hari, isteri Farhan merasa kempunan kari sebaik sahaja terhidu bau masakan dari rumah jirannya. Menurut Uncle Kumar dan Aunty Sonali, resepi karinya diberi nama Kari Sanjana.
Apabila ditanya siapakah Sanjana, mereka seolah-olah belum bersedia untuk berkongsi cerita. Farhan dan Linda ingin mencari siapakah Sanjana yang sangat bermakna buat Aunty Sonali dan Uncle Kumar itu.
Pada suatu hari, sewaktu Linda sedang sarat mengandung, dia terkejut mendapat berita bahawa Farhan terbabit dalam sebuah kemalangan jalan raya.
Kepada semua rakyat Malaysia yang tinggal di Malaysia, jangan lupa untuk menyaksikan telefilem Kari Sanjana TV3 yang akan bersiaran tepat jam 10 malam hari Sabtu ini yang bertarikh 29 oktober 2016.