Sinopsis hajah heathrow kembali tv3

hajah heath-row,
Drama bersiri Hajah Heathrow Kembali bakal muncul di TV3 menggantikan drama Budak Magik yang akan menamatkan tayangaannya tidak lama lagi. Drama ini merupakan kesinambungan daripada telefilem yang pernah disiarkan sebelum ini. Dibarisi pelakon seperti pelakon otai Ogy Ahmad Daud, Fadhil Dhani, Hafidz Roshdi, Nazeera Sardi dan ramai lagi. Drama arahan sutradara Along Kamaludin. Akan bersiaran mulai 30 Ogos 2016, setiap Isnin hingga Rabu pada jam 10 malam di TV3.
JUDUL : HAJAH HEATHROW KEMBALI
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 30 Ogos 2016
HARI / MASA : Isnin-Rabu, 10.00 malam
SIARAN : TV3
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : Wira Nusa Sdn Bhd
PELAKON : Ogy Ahmad Daud, Fadhil Dhani, Hafidz Roshdi, Nazeera Sardi, Erwin Dawson, Octovia Manrose,

WATAK PELAKON
Ogy Ahmad Daud sebagai Juriah
Fadhil Dhani sebagai Pak Ramlan
Hafidz Roshdi sebagai Razali
Nazeera Sardi sebagai Yasmin
SINOPSIS HAJAH HEATHROW KEMBALI. 
Sebaik sahaja pulang dari Haji dan Heathrow, Juriah ingin mengembangkan perniagaan gerainya kepada sebuah warung. Ahli keluarganya terkejut dengan ideanya itu. Lebih-lebih lagi Juriah mahu hidangkan spaghetti dalam menu warung itu. Dah jangan macam-macam hajah wei.. Apepun, memang jadi ribut lepas tuh keadaan kampung bila hajah buat macam nih. Apa akan jadi selepas itu ya?? jeng-jeng kena tengoklah kan. huhu

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top