SINOPSIS FILEM DADDYKU GANGSTER

Daddyku Gangster
Ia merupakan sebuah filem aksi komedi berjudul Daddyku Gangster arahan Ismail Bob Hashim yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 1 Disember 2022, Produksinya ialah Syarikat D’Ayu Pictures. 

Daddyku Gangster

Genre: Aksi Komedi
Tarikh Tayangan: 1 Disember 2022
Pengarah: Ismail Bob Hashim
Produksi: D’Ayu Pictures Sdn Bhd
Pelakon dan Watak 
  • Zul Huzaimy sebagai Ray
  • Faizal Hussein sebagai Karim
  • Adeline Tsen sebagai Lisa
  • Jay Iswazir sebagai Pablo
  • Ridzuan Hashim sebagai Zaki
  • Reen Rahim sebagai Zack
  • Zalif Sidek sebagai Bob
  • Wan Wala sebagai Wan Sado
  • Azri Iskandar sebagai Remy
  • Vanidah Imran sebagai Leha
  • Anggelica Petra sebagai Arisha
  • Arryan Petra sebagai Aidil

Sinopsis Daddyku Gangster

Ray (Zul huzaimini) adalah ketua kumpulan yang gemar mencuri kereta kereta mewah yang diseludup ke Malaysia bersama rakan kumpulannya yang memiliki kepakaran masing masing. Selain itu Ray turut melibatkan diri dalam underground fight di gelanggang haram milik Pablo.
Ray mempunyai sejarah silam dalam hubungan kekeluargaan terutama dengan abang kandungnya sendiri. Di malam hari lahir Ray, Remy abang kepada Ray datang bersama keluarga menyambutnya walaupun layanan Ray dingin terhadap keluarga Remy terutama kedua-dua anak saudaranya, Arisha dan Aidil.
Namun malang tidak berbau, Remy dan isterinya meninggal dunia setelah terlibat kemalangan jalan raya sebaik pulang dari rumah Ray. Lisa, peguam yang bertanggungjawab telah menyerahkan hak penjagaan sementara Arisha dan Aidil kepada Ray berdasarkan wasiat daripada Remy. Ray menjadi kurang senang dengan memikirkan hal yang bakal dilalui apabila terpaksa menjaga anak saudaranya itu. Dek kerana terpikat setelah memandang Lisa, Ray menerima pelawaan tersebut.

Trailer Official Daddyku Gangster

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top