Sinopsis Ejen Ali The Movie

Ejen Ali, tonton ejen ali,

Ejen Ali: The Movie ialah filem animasi perisik Malaysia 2019. Filem ini mengikuti misi ejen Ali yang kini perlu merungkai misteri teknologi yang telah mengancam bandar Cyberaya dan pertaruhkan kesetiaannya kepada agensinya MATA.

Filem ini adalah filem pertama yang diterbitkan oleh WAU Animation berdasarkan siri animasi Ejen Ali. Filem ini diarahkan oleh Usamah Zaid Yasin. Ia telah ditayangkan di pawagam pada 28 November 2019 di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Latar belakang. 

Ia berkisarkan tentang budak bernama Ali, berumur 12 tahun yang telah menjadi ejen rahsia di MATA, iaitu sebuah agensi perisikan rahsia yang melindungi bandar Cyberjaya. Semuanya berlaku selepas Ali tidak sengaja mengaktifkan gajet Infinity Retinal Intelligent System atau IRIS. IRIS ini peranti ciptaan MATA yang membolehkan pemakainya lebih berkuasa dalam misi. Ali sahaja yang mampu menguasai IRIS ini kerana ia telah diselaraskan dengan badannya. Jadi Ali pun dilatih sebagai perisik. Bersama dengan pakciknya Bakar dan ejen muda lain, mereka bekerjasama dalam misi MATA.

Sinopsis

Ejen Ali semakin cergas dengan misinya di MATA. Tetapi, konflik timbul apabila Ali tahu bukan lagi dia seorang sahaja yang mampu menguasai IRIS. Kini MATA telah menaiktarafkan IRIS kepada IRIS NEO yang akan dijadikan peranti asas bagi semua ejen. Ini membuatkan Ali persoalkan kegunaannya di MATA. Ketika ini, seorang individu bernama Niki mendekati Ali dan mendakwa dia tahu sebab kehilangan ibunya. Sekarang, Ejen Ali perlu lakukan misi aksi dan merungkai misteri ini yang mengancam bandar Cyberaya, serta pertaruhkan kesetiaan kepada MATA sebelum terlewat.

Pelakon suara

  • Ida Rahayu Yusoff sebagai Ali & Comot
  • Nabilah Rais sebagai Niki
  • Noorhayati Maslini Omar sebagai Alicia
  • Shafiq Isa sebagai Bakar
  • Azman Zulkiply sebagai General Rama
  • Salina Salmee Mohd Ali sebagai Aliya
  • Abu Shafian Abd Hamid sebagai Dato’ Othman
  • Ahmad Sufian Mazilan sebagai Bobby
  • Megat Zahrin Megat Hisham sebagai Fit
  • Azuan Wanji sebagai Vikram
  • Altimet sebagai Andik
  • Amir Bamer sebagai Surya
  • Fadhli Shafian sebagai Abang Bear

Penerbitan

Filem ini mengambil kos RM6.5 juta termasuk kos promosi. Pasukan pembuatan filem yang terdiri daripada 80 pereka animasi dan pelukis grafik tempatan. Penghasilan filem berkenaan menggunakan teknologi digital yang berkualiti tinggi.

Muzik

Skor Muzik

Skor muzik dihasilkan oleh Azri Yunus, ketua komposer, dibantu oleh pembantu komposer, Hakim Kamal. Azri Yunus berkata perbezaan skor muzik di dalam siri dengan filem ini adalah mereka ingin meletakkan lebih banyak nilai ekstatik dengan memasukkan lebih banyak perasaan emosi untuk membuatkan penonton di pawagam terasa bersambung dengan filem tersebut.

Lagu Tema

“Bukalah Matamu” adalah single pertama yang dikeluarkan daripada album soundtrack rasmi Ejen Ali: The Movie, dikeluarkan di YouTube dan semua platform streaming pada 20 September 2019. Lagu ini memberi mesej kepada mereka yang ada segalanya untuk buka mata dan perbaiki diri mereka sendiri. Dalam filem ini, lirik lagu ini seolah-olah ditujukan kepada Dato’ Othman, datuk bandar Cyberaya.

“Kita Jaga Kita” adalah single kedua daripada album soundtrack rasmi. Pada mulanya, mereka mendekati Altimet hanya untuk lakonan suara sahaja. Tetapi apabila mereka mencuba nasib dengan bertanya Altimet untuk buatkan lagu, beliau bersetuju untuk berbuat demikian. Lirik lagu ini datang dari perspektif orang-orang Pinggiran Cyberaya.

Keluaran

WAU Animation mengumumkan projek filem ini apabila mereka memuat naik teaser trailer pertama untuk filem ini pada 7 Ogos 2018. Teaser trailer kedua dimuat naik pada 29 Mac 2019. Treler rasmi pertama telah dikeluarkan pada 1 Ogos 2019 manakala treler rasmi kedua telah dikeluarkan pada 9 Oktober 2019.

Pada 2 Oktober 2019, WAU Animation telah mengeluarkan secara rasmi poster pawagam rasmi untuk filem ini, yang juga telah mendedahkan tarikh keluaran rasmi untuk pawagam Malaysia. Ia ditayangkan di 146 buah pawagam di Malaysia, 8 di Singapura dan 7 di Brunei. Terdapat juga kemungkinan untuk ditayangkan di 50 buah negara tetapi Ahmad Izham Omar, CEO Primeworks Studios berkata ia masih dalam perbincangan.

WAU Animation menyasarkan RM20 juta untuk pasaran tempatan untuk filem ini.

Perdana Menteri-Tun Dr Mahatdhir, Ejen ALi bertaraf Dunia.

“DARI segi cerita, teknologi, muzik (adunan), saya rasa ini boleh dikata berkelas dunia.”

Demikian pandangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap filem animasi Ejen Ali The Movie.

Beliau yang ditemui sejurus selepas menonton filem animasi itu di Pawagam Golden Screen Cinema (GSC) Pavilion berkata, menonton filem itu bagaikan menonton filem luar negara.

“Tak seperti Malaysia nampak setaraf dunia dan kita boleh bangga, saya puji,” katanya.

Dr Mahathir bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hadir menonton filem animasi yang dihasilkan WAU Animation itu bersama kakitangan Pejabat Perdana Menteri dan Pengurusan Media Prima Berhad (MPB).

Turut memeriahkan sesi tayangan khas itu ialah Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Datuk Syed Hussin Al Junid dan Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Datuk Kamal Khalid.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Interim NSTP dan Pengarah Eksekutif, Operasi Berita dan Editorial Media Prima Berhad, Mustapha Kamil Mohd Janor.

Dr Mahathir bersama Dr Siti Hasmah dan Syed Hussian menonton Ejen Ali The Movie malam ini. FOTO Eizairi Shamsudin

Ejen Ali The Movie, filem animasi berdurasi 97 minit itu berjaya memungut RM13 juta selepas tujuh hari tayangan di 162 pawagam di seluruh negara, Singapura dan Brunei.

Filem animasi itu turut mendominasi carta GSC Top 10 Movies selama empat hari berturut-turut, selain menjadi pilihan utama dalam kalangan penggemar filem.

Sebelum ini, Ejen Ali The Movie mengungguli tempat pertama dalam carta filem pecah panggung tempatan dengan kutipan melebihi RM1.8 juta, pada hari pertama tayangan, 28 November lalu.

Filem terbitan Primeworks Studios dan Wau Animation itu mengisahkan Ali, budak berusia 12 tahun yang direkrut menjadi penyiasat di agensi perisikan dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA).

Ali ditugaskan melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.

Konflik timbul apabila Ali mengetahui dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa iaitu Infinity Retinal Intelligence System (IRIS).

Gajet itu diubahsuai menjadi IRIS Neo, perkakasan yang boleh dikawal serta digunakan oleh ejen lain.

Inovasi baharu itu dipersoalkan Ali apabila dia merasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat. Pada saat itu, Ali didatangi individu misteri yang mendakwa tahu kisah silamnya. Jadi, bermulalah pengembaraan Ejen Ali demi membongkar kebenaran biarpun kesetiaannya terhadap MATA teruji.

Trailer Ejen Ali The Movie Version1.

Trailer Ejen Ali The Movie Version2.

Transmisi sudah diperolehi! Treler #2 Ejen Ali The Movie selamat diterima! Misi anda sekarang, kongsikan treler ini kepada Ejen-ejen lain! Komen di bawah apa yang korang paling tak sabar nak tengok dalam Ejen Ali The Movie!

EJEN ALI THE MOVIE – MAMAK MAJU, SERVICE LAJU!

‘ Order? Nasi Goreng Kampung Telur Mata…Taknak telur.

SIAPPPPPPPP!!!!! ‘

Terima kasih Ejen atas sokongan padu anda! Sebagai tanda terima kasih, kami hadiahkan scene Ejen Ali The Movie yang paling diminta ramai, Lagu Mamak Maju!
Rasakan pengalaman hebat menyaksikan lagu ini di pawagam berhampiran anda!

OST Ejen Ali :

We Take Care of Our Own!

Presenting ‘KITA JAGA KITA’ for the first time ever!

‘Kita Jaga Kita’ is the second released single from the official soundtrack album of Ejen Ali The Movie: Misi Neo. The film opens nationwide by the end of the year 2019.

Stream ‘Kita Jaga Kita’ on Apple iTunes, Spotify, JOOX and more! 👇👇👇
https://campsite.bio/ejenali

Music Producer : Cuurley
Composer : Cuurley
Performed by : Malik Abdullah, Altimet & Cuurley
Lyrics : Altimet & Bo Amir Iqram
Sound Engineer : Cuurley & Altimet
Mastered by : Cuurley
Recorded at : Monster Village

OST Ejen Ali 2 :

 

Presenting ‘BUKALAH MATAMU’ for the first time ever!

‘Bukalah Matamu’ is the first released single from the official soundtrack album of Ejen Ali The Movie: Misi Neo. The film opens nationwide by the end of the year 2019.

Composed & Produced by : Azri Yunus , WAU Animation, Christian Friedrich Johannes Büttner

Lyrics by : Azri Yunus , Bunga , Usamah Zaid , WAU Animation

Mixed and mastered by : Felix Voon

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top