Istimewa sempena Aidiladha, TV3 akan menayangkan telefilem Yang Terakhir Untukku menampilkan pelakon-pelakon mantap seperti Sharnaaz Ahmad, Izara Aisyah, Aleza Shadan, Mahmud Ali Bashah dan ramai lagi. Telefilem yang diarahkan oleh Azmi Hatta itu akan bersiaran pada hari Isnin ini, pukul 10 malam di TV3.
JUDUL : YANG TERAKHIR UNTUKKU
TARIKH / MASA : Isnin, 12 September, 10.00 malam
SIARAN : TV3 – Istimewa Aidiladha
PENGARAH : Azmi Hatta
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Izara Aisyah, Aleza Shadan, Puteri Aisyah, Mahmud Alibashah
SINOPSIS YANG TERAKHIR UNTUKKU
Mengisahkan seorang perompak bernama Jay telah membuat perjanjian dengan adiknya, Min, bahawa rompakan yang bakal dilakukan adalah rompakan yang terakhir sebelum mereka memulakan hidup baru. Jay telah menyamar dan bekerja sebagai tukang kebun di rumah pasangan orang kaya dan mula berkawan dengan Dhia.