Sinopsis Drama Shakira, Jannah Nick ft Shukri Yahaya tv3

SHAKIRA
Drama ‘Shakira’ menampilkan gandingan Janna Nick, Shukri Yahaya dan Khai Bahar disiarkan di slot Akasia TV3 mulai 5 Januari ini, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam. Turut disiarkan di platform penstriman iQiyi pada hari yang sama selepas siaran di TV3.

Shakira.

 

Jumlah Episod: 28
Bermula: 5 Januari 2022
Hari dan Waktu siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Slot: Akasia TV3
Penulis Skrip: Zarihah Hassan, Zuraida Ramli
Pengarah: Idora Abdul Rahman
Produksi: Wiranusa Corporation
Senarai Pelakon: Shukri Yahaya, Janna Nick, Khai Bahar, Syerinie Myra, Nada Nursyuhada, Wan Raja, Ramona Zamzam, Marisa Yasmin, Edika Yusof, Melissa Wafa, Ikhwan Khairudin, Wan Nor Azlin
Watak dan Pelakon
  • Janna Nick sebagai Shakira
  • Shukri Yahaya sebagai Amir
  • Khai Bahar sebagai Irdi
  • Nada Nursyuhada sebagai Hanisah
  • Marisa Yasmin sebagai Makcik Aida
  • Wan Raja sebagai Zakuan
  • Syerinie Myra sebagai Anita

Sinopsis Shakira.

Kehidupan Shakira (Janna Nick) dan Hanisah (Nada Nursyuhada) bukan mudah sejak dari kecil. Dua beradik yatim piatu menumpang teduh di rumah Makcik Aida (Marisa Yasmin), adik tiri arwah ibu mereka yang tamak, pentingkan diri sendiri dan sanggup buat apa saja demi mendapatkan harta peninggalan arwah ibu bapa mereka.
Selepas Hanisah tamat pengajian dan baru mula bekerja, dia telah bercinta dengan Zakuan (Wan Raja). Walaupun hanya dua bulan berkenalan, Hanisah telah berkahwin dengan Zakuan atas rancangan Makcik Aida. Makcik Aida mempergunakan Zakuan yang juga anak saudaranya memujuk Hanisah menyerahkan duit simpanan yang sepatutnya diguna untuk biayai pengajian Shakira di universiti kepada Zakuan.
Apabila Shakira mendapat tahu duit itu telah dijadikan modal perniagaan Zakuan, dia mula menjadi buskers untuk membiayai yurannya. Zakuan terjerumus dengan kegiatan berjudi dan berhutang keliling pinggang. Sejak itu, Hanisah mula mengalami gangguan mental. Shakira terpaksa berhenti belajar dari kolej dan menjadi buskers sepenuh masa dengan kumpulan Busker Cinta Hati yang diketuai oleh Irdi (Khai Bahar).
Satu hari, Shakira ditawarkan untuk menyanyi bersama-sama live band di sebuah resort baharu. Irdi menyokong keputusan Shakira. Dalam diam, Irdi menyukai Shakira tapi dia tidak mampu meluahkan isi hatinya. Irdi masih dibelunggui rasa bersalah atas kematian arwah isterinya.
Dalam diam, Shakira juga semakin rapat dengan Amir (Shukri Yahaya). Amir seorang lelaki yang nampak serius tetapi berubah menjadi ceria setelah berkenalan dengan Shakira. Dia bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat sendiri. Empat tahun yang lalu, Amir patah hati setelah ditinggalkan oleh tunangnya, Anita. Pada mulanya, Amir tidak menyukai pemuzik jalanan kerana benci akan abang iparnya, Irdi. Demi Shakira, Amir mula mengubah pandangannya itu.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top