Sinopsis drama Seribu rindu

seribu rindu,

Seribu rindu ini adaptasi dari Novel seribu rindu. Namun ianya di dramakan, nama watak sahaja yang diganti.

Baca juga : Sinopsis drama Seribu Rindu Zikri husaini

Sinopsis dari novel dia. (Seribu Rindu). 

ZARRA ZAINAL… Hidupnya tidak mudah. Ya, dia terluka, dia kecewa, namun dia tetap bangkit. Maruah yang dicalar Hisham sewaktu dia masih remaja dulu membuatkannya menjadi insan yang lebih kuat. 10 tahun dia bebas daripada mimpi ngeri itu, Hisham kembali. Bertugas di bawah satu naungan. HISHAM ADLI…

Dia terpempan. Tidak menyangka, gadis sunti pada masa silamnya kini ada di depan mata. Dewasa. Paling terkesan, dia masih ingat janjinya terhadap Zarra waktu itu, janji yang dia akan bertanggungjawab. Sekarang?

Mana mungkin. Dia sudah ada Kartini. Namun hatinya mula melaung rasa, janji perlu dikota. Dia tekad, Zarra akan dijadikan suri. ZACHARY… Kali pertama dia memandang, dia pasti yang dia sudah jatuh hati. Dia punya segala-galanya, tapi masih kosong cinta. Zarra umpama bidadari yang membuka segala tunas rasa, membuka kotak Pandora cintanya yang selama ini tertutup rapat.

Sumpah, hanya Zarra dalam hati. Rindu yang datang dan pergi serta airmata yang jatuh mahupun menghilang, Zarra takkan menoleh lagi. Kalaupun rindu yang dilemparkannya jauh seribu tahun, dia masih mahu menunggu. Dia masih mahu menunggu cinta nan sejati .

Sinopsis drama ini. 

Mengisahkan Airel dan Maisara terpaksa berpisah atas desakan ibu Airel. Maka, Maisarah memaksa hatinya untuk mencintai Irfan.

Selepas 3 tahun, dia dapat merasakan keikhlasan Irfan mencintainya dan bersedia untuk menjadi seorang isteri buat Irfan.

Namun, sedang mereka bahagia, Irfan kemalangan dan lumpuh buat sementara. Airel pula muncul sebagai doktor yang merawat Irfan sehingga lah Irfan dapat berjalan semula.

READ  Tonton online sejuta rasa buat adelia episod 16

Berlakulah konflik antara mereka bertiga, dan Irfan mula menjauhkan diri bagi memberi ruang jika Maisara masih mencintai Airel. Namun Maisara yakin cintanya hanyalah untuk Irfan seorang dan mereka kembali bersatu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: