Sinopsis Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini, Intan Najwa dan Idris Khan (TV3)

saat kau takluk cinta ini
Merupakan Drama adaptasi novel ‘Saat Kau Takluk Cinta Ini’ salah satu karya agung Sara Hezra yang akan mengisi slot Samarinda TV3 bermula 20 Disember 2021. Menampilkan gandingan kali kedua kalau tak silap diantara pelakon Idris Khan dan Intan Najuwa. Drama terbitan Kembara Sufi Sdn Bhd, diarahkan oleh Zamri Zakaria, nukilan skrip oleh Eja Lorena. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQiyi pada hari yang sama selepas siaran di TV3.

Saat Kau Takluk Cinta Ini

Jumlah Episod: 15
Tarikh Tayangan: 20 Disember 2021
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10.00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3
Penulis Novel: Sara Hezra
Penulis Skrip: Eja Lorena
Pengarah: Zamri Zakaria
Produksi: Kembara Sufi Sdn Bhd
Watak Pelakon :
  • Idris Khan sebagai Rahhal Taufiq
  • Intan Najuwa sebagai Haira Melissa
  • Wafariena Roslan sebagai Kamelia
  • Shakilla Khoriri sebagai Khadijah
  • Syazwan Zulkifly sebagai Fakhril
  • Wan Maimunah sebagai Hajah Jamiah
  • Farhan Asri sebagai Rafael
  • Jasmin Hamid sebagai Datin Normah
  • Edika Yusof sebagai Dato Zhar
  • Aleza Shadan sebagai Mak Long Nisah
  • Zarynn Min sebagai Mak Ngah Damah
  • Qazem Nor sebagai Hamad
  • Raja Baizura sebagai Puan Sally
  • Jeri Ariffin sebagai Dato Harlan
  • Zul Salleh sebagai Tuan Ariffin
  • Raja Azmi sebagai Mak Jah
  • Ariell Izz sebagai Faizal
  • Asyiqin Zaed sebagai Nelly
  • Nurhazirah Zulkifli sebagai Syasya
  • Sri Idrina sebagai Ezaty
  • Abdul Hadi Ibrahim sebagai Azwan
  • Saifullah Mohd Ghazali sebagai Gazi
Lagu Tema (OST)
  • Takluk Cinta – Hafiz Suip
  • Takdir – Aliff Iskandar
  • Hebatnya Rasa Bercinta – Lakaa Idris

Sinopsis Saat Kau Takluk Cinta Ini.

Mengisahkan Haira Melissa (Intan Najwa) telah dibuang keluarganya apabila dituduh merampas tunang kepada adik tirinya. Dia membawa diri ke sebuah kampung mencari kawannya tapi dia telah sesat dalam keadaan hujan yang lebat. Haira berteduh di sebuah pondok dalam kebun pisang. Dari situ, bermulalah pertemuan Haira dengan Rahhal(Idris Khan.)
Rahhal seorang pemuda kampung yang berpelajaran tinggi berkelulusan luar negara. Rahhal telah mendapat tawaran kerja yang bagus di ibu negara, tetapi dia mengorbankan cita-citanya apabila ibunya, Hajah Damiah (wan Maimunah) telah diserang strok. Rahhal membuat keputusan untuk menjaga ibunya dan menguruskan tanah kebun pisang dan kolam ikan milik keluarganya itu.
Rahhal dan ibunya, Hajah Damiah telah dihalau keluar dari rumah pusaka arwah Tok Wan Damit oleh Mak Long Nisah dan anaknya Fakhril yang sangat berdendam dengan Rahhal sejak dari kecil. Fakhril mempunyai niatnya tersendiri untuk menjatuhkan Rahhal. Haira tersentuh dengan keikhlasan Rahhal yang sering mengambil berat tentangnya.
Apabila Rahhal melamarnya, Haira menerima tetapi dia sebenarnya mempunyai sebuah rahsia yang disimpan rapi. Adakah ia akan mengancam mahligai cinta yang dibina oleh Rahhal dan Haira?

Sinopsis Novel Saat Kau Takluk Cinta Ini

Rahhal yang tak ada pilihan, perlu meninggalkan kerjayanya dan balik ke kampung apabila emaknya jatuh sakit. Namun kepulangannya tidak disenangi Fakhril. Fakhril bertindak merampas rumah pusakanya.
Rahhal tidak mudah mengalah. Tetap kental, dia membangunkan tanah milik emaknya dengan mengusahakan kebun pisang dan kolam ikan.
Kehadiran Haira yang menumpang di pondoknya membuatkan hatinya mula disapa cinta dan ternyata gadis cantik itu sanggup bersama-samanya bersusah payah membina kehidupan. Manisnya cinta tidak bias kalah teruji kemiskinan. Cinta mereka utuh.
Sedang mereka didakap hangat asmara, terbongkar pengkhiatan Haira. Rahhal kalap. Cinta yang memugar di hatinya berantakan. Hilang percaya saat bertebaran dusta dari gadis selembut Haira.
Namun kata Haira, dia terpaksa. Dia mungkin berbohong banyak perkara tapi dia tidak pernah membohongi rasa cintanya.
Rahhal memutuskan untuk berhenti menyintai Haira berikrar untuk terus bertahan setia. Rahhal penuh dendam, Haira terus sulit memendam.
Jiwa dan raga terpisah namun saat takdir mempertemukan mereka kembali, tegakah mereka bersua untuk kali kedua? Mampukah Rahhal menghulur maaf atau dia dia yang perlu meraih sebuah kemaafan seorang Haira Melissa?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top