Sinopsis drama Pia

drama pia,

Drama ini mengisahkan tentang Pia yang tersepit di antara tugasnya sebagai seorang isteri dan tanggungjawabnya terhadap adiknya yang kurang upaya.

Selepas kedua ibu bapanya terbunuh angkara dadah, Pia djaga oleh Pak Long Mat. Pia mempunyai seorang adik yang cacat akibat cerebal palsy bernama Budi. Zafran, rakan mengaji Pia menyukai Pia sejak dari kecil hinggalah dewasa.  Pak Long yang ajar mengaji.

Zafran tinggal bersama bapa dan ibu saudaranya, Ila yang bisu. Ila selalu memerhatikan gerak geri Zafran dan tahu akan perkembangan cinta Zafran dan Pia.

Ila cuba menghalangnya. Zafran kemudian menyambung pengajiannya ke luar negara namun masih meneruskan hubungannya dengan Pia. Setelah pulang semula ke tanah air, meraka berkahwin walaupun tidak direstui Ila.

Nasib tidak menyebelahi Pia apabila Zafran membuat keputusan untuk menghantar Budi ke pusat penjagaan kerana mahu Pia memberikan sepenuh perhatian kepadanya.

Lama-kelamaan sifat Zafran mula berubah dan menambahkan lagi kesengsaraan di hati Pia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top