Sinopsis Drama Pemburu Rahsia , Intan Najwa tv3

Pemburu rahsia

Saksikan siri drama suspen thriller terbaharu terbitan Zeel Production berjudul #PemburuRahsia diarahkan oleh Feroz Kader akan bersiaran mulai 5 September 2023, pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di slot Samarinda, TV3  atau boleh tonton secara online di tonton.com.my. Ada syok drama ini, ada pelakon otai, Haliza Misbun dengan Azri Iskandar.

Pemburu Rahsia

Jumlah Episod: 15
Tarikh Tayangan: 5 September 2023
Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / tonton
Penulis Skrip: Marr Mohamad
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: Zeel Production
Lagu Tema (OST): Pemburu Rahsia – Rahmad Mega
Watak Pelakon. 
  • Datin Intan Najuwa sebagai Aliya
  • Adam Lee sebagai Waiz
  • Scha Elinnea sebagai Marissa Damia
  • Haliza Misbun sebagai Suraya
  • Muaz Zabir sebagai Ikmal
  • Raff Roslee sebagai Syaqir
  • Kimberly Chuah sebagai Elijah
  • Silfeny Osman sebagai Detektif Fasha
  • Zarul Husin sebagai Inspektor Rahmat
  • Fariz Isqandar sebagai Hakimy
  • Raden Zaharatul sebagai Bella
  • Kween Keela sebagai Nadine Ahmad
  • Dina Allysha sebagai Elisa
  • Izzulfaiq sebagai Koddy
  • Royce Iqram sebagai Daniel
  • Adwafri Shah sebagai Qoyyum
  • Azri Iskandar
  • Jesse Lim
  • Lydiawati

Sinopsis Pemburu Rahsia

Seorang gadis, Marissa Damia Nordin (Scha Elinna), seorang pempengaruh (influencer)  di media sosial telah ditemui mati di kawasan sebuah kolej. Mangsa dikatakan telah membunuh diri dan telah terjun daripada tingkat 7 bangunan kolej berkenaan.  Sebelum membunuh diri, mangsa dikatakan sempat membuat ‘live’ di laman media sosialnya dalam keadaan menangis.
Pemergiannya secara tiba-tiba telah mengejutkan ramai pihak. Punca depresi Damia juga menjadi tanda tanya. Kakak Damia, Aliya, telah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia demi mencari jawapan bagi persoalan ini.
Tidak lama kemudian, Aliya (Datin Intan Najwa) telah menerima mesej dari sebuah akaun misteri di Instaspace yang menjadi petunjuk kepada kes ini. Pengguna tersebut telah mendedahkan tentang lima orang pelajar kolej yang telah lama membuli Damia dalam alam siber.
Aliya berpendapat bahawa mereka ini perlu bertanggungjawab. Apatah lagi dia adalah kakak kepada Marissa, Aliya nekad untuk membuktikan bahawa kelima-lima pelajar tersebut bersalah atas kematian adiknya. Dia telah dibantu oleh Sir Waiz (Adam Lee) yang merupakan kaunselor dalam kolej tersebut. So akan ada klue-klue siapa yang terlibat dalam hal ini.
Namun, dalam perjuangannya untuk Damia, dia tidak sedar bahawa terdapat seseorang yang sentiasa memerhati dan mengancam nyawanya. Berjayakah Aliya menuntut keadilan buat adiknya? Akan ada plot twist dalam drama ini, siapa sebenarnya mastedmind dalam kematian Marissa ini, adakah dia bunuh diri atau dibunuh?? Jeng-jeng.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top