SINOPSIS DRAMA ONE MILLION DOLLAR VOICE, ASTRO

ONE MILLION DOLLAR VOICE

Drama rantaian terbaharu di Astro, One Million Dollar Voice bakal menyingkap kisah di belakang tabir sebuah rancangan realiti nyanyian. Siri fiksyen yang diilhamkan oleh kisah-kisah benar ini dibarisi pelakon popular tanah air seperti Emma Maembong, Amelia Henderson, Ben Amir, Lah Ahmad, Roy Azman, Datin Nina Juren, Sean Lee, Zarul Umbrella dan ramai lagi.
Drama diarahkan oleh Michael Ang manakala penerbitnya adalah Juita Viden akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis bermula 28 Ogos 2023, pukul 10 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

1 Million Dollar Voice

Jumlah Episod: 24
Tarikh Tayangan: 28 Ogos 2023
Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 10 malam
Rangkaian: Megadrama – Astro Ria / Astro GO
Pengarah: Michael Ang
Produksi: Juita Viden
Pelakon: Emma Maembong, Amelia Henderson, Ben Amir, Lah Ahmad, Roy Azman, Datin Nina Juren, Sean Lee, Zarul Umbrella, Naufal Azrin, Uriah SK, Neeta Manisha, Bee Aishah, Ezra Kairo, Tracie Sinidol, Layla Sania
Watak Pelakon. 
  • Emma Maembong sebagai TJ
  • Ben Amir sebagai Muhammad Ali
  • Amelia Henderson sebagai Zana
  • Lah Ahmad sebagai Joe
  • Layla Sania sebagai Bella
  • Neeta Manis sebagai Sheila
  • Uriah See sebagai Felix
  • Sean Lee sebagai Jason
  • Zarul Husin sebagai Karim
  • Keanu Azman sebagai MJ

Sinopsis One Million Dollar Voice

Mengisahkan krew produksi serta para peserta sebuah pertandingan realiti yang suatu ketika dahulu tersohor tetapi kini kian corot di kalangan para penonton.
Dengan tekanan yang diterima, penerbit TJ yang dilakonkan oleh Emma Maembong ingin menebus semula maruahnya serta rancangan terbitannya walau apa jua sekalipun.
Siri rantaian ini turut memaparkan motif di sebalik setiap penyertaan peserta yang mendahagakan wang kemenangan sebanyak USD 1 juta.
Antaranya Ali (Ben Amir) yang ingin melepaskan dirinya daripada genggaman gang lamanya untuk berkahwin dengan wanita pilihannya yang merupakan anak seorang anggota polis.
Manakala Zana (Amelia Henderson) ingin membebaskan dirinya daripada dibelenggu oleh kisah silamnya sebagai seorang pekerja seks dengan bertekad untuk memenangi wang tunai tersebut.
Joe(Lah Ahmad) perlu melangsaikan hutangnya demi menyelamatkan nyawa isteri dan anaknya. Dalam cerita ini ,siapa yang akan dapat 1 juta dalam pertandingan realiti ini?jeng-jeng.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top