Sinopsis drama my darling inspektor daniel lakonan aaron aziz

Drama terbaru terbitan Skop Productions Sdn Bhd berjudul My Darling Inspektor Daniel bakal menemukan gandingan Aaron Aziz, Elizabeth Tan, Siti Elizad, Dazrin Kamarudin dan Erra Fazira. Drama bersiri arahan Aziz M Osman itu bakal ditayangkan menerusi slot Mega Drama di Astro Ria pada akhir bulan Julai ini menggantikan drama Mencintaimu Mr Photographer.

JUDUL : MR DARLING INSPEKTOR DANIEL 
TARIKH / MASA : 31 Julai 2017
SIARAN : Astro Ria 104 & HD 123)
SKRIP : Ayuni Zamani 
PENGARAH : Aziz M. Osman
TERBITAN : Skop Productions Sdn Bhd
PELAKON : Aaron Aziz, Elizabeth Tan, Siti Elizad, Erra Fazira, Dazrin Kamarudin, Shahir, Zarul Umbrella
 
WATAK PELAKON 
Aaron Aziz sebagai Daniel
Siti Elizad sebagai Hannah 
Elizabeth Tan sebagai Maya Adrianna
Dazrin Kamarudin sebagai Danish
Erra Fazira sebagai Maria

JUDUL : MR DARLING INSPEKTOR DANIEL 
TARIKH / MASA : 31 Julai 2017

Macam mana cerita dia agaknya.

Ia berkisahkan dengan kehidupan seorang  polis yang berhadapan dengan masalah-masalah yang berlaku dalam seharian. Selain itu diselitkan dengan masalah peribadi kehidupan seoarang polis dan percintaanlah macam biasa. Memang konsepnya sama macam gerak khas drama rtm nih. Cuma ia jadinya pelakon lain dalam drama bersiri ini. Penerbitnya datuk yusuf haslam dan pengarah ialah Aziz M osman.

Kehidupan seorang anggota polis samalah macam orang biasa juga. Kita sebagai orang awam pun kenalah faham, polis pun manusia biasa juga tidak terlepas dari masalah kehidupan seharian. Ada etika yang perlu dipatuhi sebagai seoarang polis.

Cinta bersegisegi.

Inspektor daniel nih nak dengan sapa aku pun tak sure. kejap baik dengan jirannya model tuh maya adrianna (elizabeth tan) kejap dengan hannah (elizad) rakan sekerja yang macam tomboy. Tapi sejak kehadiran inspektor danial ke unit dalam cerita ini, sedikit sebanyak hannah banyak berubah. Cinta pandangan pertama katanya.

Asp Maria , iaitu Erra Fazira sendiri menjadi diantara pelakon senior dalam cerita ini. Sudah tentunya sebagai bos kepada diaorang nih macam-macam peel lah ins daniel nih buat apa dalam kerja seharian, sama dengan ins hannah tuh sekali. Cinta yang berpusing-pusing.

Asp maria pun ada kisah silamnya yang sedih dalam cerita ini. So nak tahu apa masalah dia, kenalah tengok  sampai habis cerita ini. Kang cerita tak suspen pulak. Semua pelakon ada karekter masing-masing yang menghidupkan jalan cerita ini. Cerita ini takda adaptasi novel.

Maya nih suka dekat inspektor daniel. Tapi inspektor danial nih menafilkan anggap sebagai kawan. Danish (adik inspektor daniel) nih sebenarnya suka dekat maya, tapi maya tak perasan pulak. Maya nih pun ada kekasih lama dia, iaitu Shahir (aku lupa nama watak dia) yang baru balik malaysia nak dapatkan cinta dia semula. Arh sudah. Shahir nih berlakon sebab ada erra fazira ke?? kwang2x..

Inspektor daniel nih nak sapa sebenarnya? Antara Hannah atau Maya ?? atau asp Maria?

Rumit sebenarnya cerita nih. Belum masuk lagi watak antagonis dalam cerita nih. Zain … Nantikannya.. huhu

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top