Sinopsis Drama melastik ke hatimu Jannah Nick ft Andi bernade

‘Melastik Ke Hatimu’ merupakan sebuah drama cinta kelakar  berepisod Malaysia 2021 karya Aqma Dee (adaptasi novel)tayangan slot Lestary TV3. Ke udara mulai 21 Januari 2021, siri arahan sutradara Azmi Hatta ini membariskan pelakon Andi Bernadee, Janna Nick, Ezzrin Loy, Azrel Ismail dan Puteri Sarah Liyana.

Sinopsis.

Haura (Janna Nick), seorang gadis kilang yang lagaknya umpama ‘gangster’ atau tomboy, namun hakikatnya hidupnya dikawal oleh ibunya yang mengidamkan menantu kaya.

Meskipun Naim (Hafiz rosdi) menjadi pilihan hati, namun hubungan mereka ditentang hanya kerana status Naim sebagai seorang posmen.

Sudahnya Haura dikahwinkan dengan Ziyyad (Andi Bernadee), tauke kilang tempat dia dan kakaknya, Faida (Puteri Sarah Liyana) bekerja.

Ziyyad memang mempunyai hati terhadap Haura, namun Haura yang masih cintakan Naim, sentiasa mencari jalan supaya Ziyyad menceraikannya.

Akhirnya hati Haura ‘cair’ jua selepas melihat kebaikan Ziyyad.

Cinta mereka berputik, disulam bahagia yang menyusul.

Namun ianya tidak bertahan lama apabila keluarga Ziyyad diisytiharkan muflis.

Sudah jatuh ditimpa tangga, satu rahsia yang selama ini diselindungkan daripada pengetahuan, akhirnya terbongkar. Apakah rahsia yang menyebabkan keadaan menjadi tegang semula? Manakala dengan keadaan situasi itu menyebabkan emak Haura menggesa Ziyyad supaya melepaskan Haura. Adakah ziyyad sampai hati untuk melepaskan haura. Bagaimana pula perasaan cinta haura pada pada ziyyad ketika itu,?

Senarai Pelakon

Gandingan Andi Bernadee dan Janna Nick.

Juga dijayakan Azrel Ismail, Ahmad Ezzrin Loy, Afifah Nasir, Puteri Sarah Liyana, Idzham Ismail, Wani Kayrie, Norman Hakim, Noniswara, Cassia Iman, Dato Jalaluddin Hassan, Azizah Mahzan dan Ridzuan Hashim.

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya hasil sentuhan pengarah Azmi Hatta daripada produksi OrangeTree Production Sdn Bhd.

READ
Tonton online suamiku paling sweet episod 20,

Lagu Tema (OST)

 

Kredit video: Usop – Pencinta Setiamu [Official Music Video]

Tajuk: Pencinta Setiamu

Penyanyi: Usop

Komposer: Argo, Sharul Kamal & Daus SRK

Penulis lirik: Aepul Roza

Waktu Siaran

Bermula 21 Januari 2021, tayangan slot Lestary TV3 selama 13 episod, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: