Sinopsis drama Marry me Seniorita – Jannah Nick ft

marry me seniorita
Drama adaptasi novel ‘Marry Me Senorita’ karya Suri Ryana di slot MegaDrama Astro Ria. Menemukan gandingan Dini Schatzmann dan Janna Nick. Disiarkan mulai 2 Februari 2021, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria.
JUDUL : MARRY ME, SENORITA
EPISOD : 20
TARIKH TAYANGAN : 2 Februari 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis, Dayang Kartinah
PENULIS NOVEL : Suri Ryana
PENGARAH : Nur Ain Sharif
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Janna Nick, Dini Schatzmann, Shaza Bae, Meerqeen, Dato Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor, Yasmin Hani, Siti Khadijah Halim, Asha Merican, Raja Azura, Nabil Aqil, Daler Yusof, Alif Muhaimin, Natasha Elyzza, Razman Mahayuddin.
Watak dan Pelakon. 
  • Janna Nick sebagai Sofea Leia
  • Dini Schatzmann sebagai Isa Alehandro
  • Shaza Bae sebagai Rossa Arabella
  • Dato Jalaludin Hassan sebagai Engku Aziz
  • Yasmin Hani sebagai Engku Marini
  • Fadilah Mansor sebagai Ungku Zaharah
  • Raja Azura sebagai Mak Long Siah
  • Meerqeen sebagai Ammar
  • Daler Yusuf sebagai Chef Riz
  • Nabil Aqil sebagai Sam
  • Siti Khadijah Halim sebagai Tina
  • Natasha Elyzza sebagai Shelli
  • Asha Merican sebagai Edora
LAGU TEMA (OST)
  • Surat Akhir – Amira Othman
  • Magis – Fattah Fawzy
  • Suatu Yang Tak Pasti – Margosa
  • Tingkap Kaca – Margosa
  • Pelangi Tak Berwarna – Margosa
  • Bagaimana Jika Aku Tiada – Empty Page
  • Cahaya – Empty Page
  • Jika – Empty Page
SINOPSIS MARRY ME SENORITA. 
Sofiy Leia dipaksa meninggalkan rumah oleh ibu saudaranya sebaik sahaja bapa saudara Sofiy meninggal dunia. Dia dikejar dan untuk menyelamatkan dirinya, dia mencari perlindungan di bawah gazebo di mana Isa Alejandro juga turut berehat. Oleh kerana keadaan hujan lebat dan matahari sudah terbenam, Sofiy tidak mempunyai pilihan selain bermalam di sana. Walaupun dia menganggap Isa adalah seorang yang sombong, namun dia tetap menceritakan kisah tentang apa yang telah berlaku dalam hidupnya. Isa mengingatkan Sofiy agar tidak terlalu mempercayai rakan baiknya, Tina, tetapi Sofiy menolak.
Sebaik sahaja Sofiy sampai di Kuala Lumpur, dia melihat perubahan pada Tina tetapi masih berusaha memikirkan yang baik-baik. Tina berjanji akan membantu Sofiy untuk mencari pekerjaan. Sofiy panik apabila Tina cuba menjualnya kepada bos tempat dia bekerja dan Sofiy memanggil Isa untuk meminta pertolongan. Setelah menyelamatkan Sofiy, Isa membawanya ke rumah datuk dan nenek Isa. Dia terkejut ketika Isa memperkenalkan dirinya sebagai bakal isteri. Isa meminta Sofiy untuk menikahinya bagi membantu memulihkan kepercayaan datuknya dan pada masa yang sama membantu memastikan keselamatan Sofiy dari Tina dan majikannya.
Sofiy terpaksa bersetuju kerana dia menyedari bahawa dia sedang diburu oleh Tina. Sofiy memaksa Isa untuk menceraikannya sebelum menikahi Rossa. Sebaik sahaja mereka bercerai, Sofiy melanjutkan pelajarannya ke luar negeri dan berusaha untuk tidak memikirkan Isa walaupun dia masih sangat mencintainya. Apa yang akan berlaku kepada Isa selepas perceraian? Adakah cinta mereka akan mekar kembali?
SINOPSIS NOVEL MARRY ME SENORITA. 
“Marry me, senorita.” – Isa Alejandro.
Tak habis-habis lelaki kacukan Sepanyol itu melamar Sofiy Leia sehingga gadis itu kusut dan serabut dibuatnya! Takkanlah nak terima lamaran lelaki yang baru dikenalinya tak sampai seminggu itu? Sudahlah lepas laku. Pengetahuan agama lelaki itu pulak boleh dikatakan zero!
Atuk dan nenda pun susah nak percaya yang cucu mereka mahu memilih gadis Muslimah seperti Sofiy sebagai bakal isteri.
“Lain pulak taste dia kali ni, abang….” – Engku Zaharah.
“Boleh percaya ke cucu bertuah awak tu nak kahwin dengan gadis begini?” – Engku Aziz.
Isa Alejandro hadir saat Sofiy Leia tidak mempunyai siapa-siapa dan berada dalam bahaya.
“Tak ke awak rasa pernikahan ini tak akan diberkati? Satu masa nanti awak akan tinggalkan saya, kan? Sebab awak tak cintakan saya. Perkahwinan sepatutnya menjadi satu ibadah. Kita harus ikhlas bernikah kerana Allah.” – Sofiy Leia.
“Berkat? Well, terus terang aku tak arif tentang itu. What I know, we’ll make a good pair and this is a win-win situation. Kau tolong aku dan aku tolong kau.” – Isa Alejandro.
Terpaksa atau rela? Itu bukan soalnya. Persoalannya sekarang, dapatkah perkahwinan ini bertahan sehingga ke akhirnya? Sudahlah mereka berasal dari dunia yang yang terlalu jauh berbeza. Si perempuan Sepanyol celup, Rosa Arabella a.k.a Rosmina Sukardi pun turut sama menagih cinta Isa Alejandro. Belum lagi bercakap tentang mama dan papa Isa Alejandro yang sukakan pelakon ‘sendu’ tu.
Dalam kekusutan, ada gelora cinta yang semakin membahang. Namun, bahagianya cuma sementara. Badai yang melanda memisahkan dua jiwa yang sedang asyik dilamun asmara.
Namun, benarkah apa yang telah ditakdirkan untuk kita, akan tetap menjadi milik kita akhirnya?
“Now pandang sini dan bagitau abang yang Sofiy tak cintakan abang.” – Isa Alejandro.
“Benarlah garis waktu tak akan mampu menghapuskan rasa itu.” – Sofiy Leia.
Masihkah ada harapan untuk cinta mereka mekar semula?

 

copy paste myinfotaip.com 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top