Marina merupakan drama web televisyen (bukan masuk tv3) Malaysia 2024 arahan Along Kamaludin terbitan Creative Skill Solution Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Remy Ishak dan Sophia Albarakbah. Drama ini memulakan tayangan perdana di Tonton pada 25 November 2024.
Bermula 25 November 2024
Setiap Isnin Hingga Khamis
Jumlah Episod : 30.
Pelakon
- Remy Ishak sebagai Haqiem
- Sophia Albarakbah sebagai Marina
- Hisyam Hamid sebagai Dato’ Fahad
- Shaza Bae sebagai Syasya
- Syed Adil sebagai Izwan
- Zaki Azeman sebagai Aliff
- Syafnida Shuhaimi sebagai Cik Queen
- Areef Amran sebagai Izzat Daniel
- Muhsin Nadzli sebagai Izfahan
- Haneesya Hanee sebagai Delisha
- Aleeza Kasim sebagai Datin Zila
SINOPSIS DRAMA MARINA.

Marina bertemu dengan Dato’ Fahad (Hisyam Hamid), seorang ahli kelab eksklusif yang kaya dan dihormati, yang dilihatnya sebagai jalan keluar daripada kemiskinannya. Namun, hatinya mula terikat dengan Haqiem (Remy Ishak), seorang lelaki yang patah hati selepas hubungan yang penuh harapan hancur. Di tengah-tengah dilema antara kekayaan dan cinta, Marina dihadapkan pada keputusan sukar yang akan menentukan masa depannya.
Haqiem, anak sulung keluarga kaya, terperangkap antara tanggungjawab terhadap perniagaan keluarga dan percintaannya dengan Marina. Di sebalik watak karismatik Dato’ Fahad, tersembunyi rahsia gelap yang membawa kepada aktiviti haram dan konspirasi yang mengancam kehidupan mereka semua. Marina, yang pada awalnya hanya mengimpikan kehidupan mewah, terpaksa berhadapan dengan pengkhianatan yang jauh lebih besar daripada apa yang dia sangkakan.
Apakah Marina akan menemui kebahagiaan yang dicari, atau adakah jalan hidupnya dipenuhi dengan pengorbanan dan kehilangan? Bagaimanakah hubungan antara Marina dan Haqiem akan berakhir di tengah-tengah ujian berat yang menimpa mereka?